Welcome

Currently got fall in luv with SHAKLEE products which is totally suits me. Of course when thinking about taking supplements i believe everyone will do some resarch to choose which is the BEST. For me the important things is the supplements must 100% NATURAL content, SAFE and HALAL (compulsory). And more "MESTI LA NAK KEKAL CANTIK & SIHAT"....kihkih and shaklee did very well on me.. every pills and drinks taken had work efficiently until to what is out of my first target.. What can i say is "ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI". it's worthwhile.. Everyday they rejoice me with extra ENERGY & HEALTHY for my hectic work all day long and being engineer mummy. For those who are interested or look for supplements to maintain health&beauty...do ring me or text me 0122251902 or mail me at sitirodhina@gmail.com or pm me on FB (address same as mail)... LET'S SHINE OUR HEALTH & BEAUTY WITH ME...

Monday 30 June 2014

Masalah puting tenggelam atau Inverted nipple punca tak dapat susukan bayi: 5 tips atasinya dengan saya

Sedih sungguh saya melihatkan bayi sekarang terpaksa di beri susu Formula seawal lahir lagi. Memang ada beberapa faktor contohnya ibu tiada puting atau puting tenggelam menyebabkan ibu "give up" untuk menyusukan baby mereka. Sebenarnya, semua ibu berpeluang untuk menyusukan baby mereka walaupun mempunyai puting tenggelam. Di sini saya lampirkan tips untuk mengatasi puting tenggelam oleh ibu-ibu agar dapat menyusukan baby dengan sempurna.

Untuk pengetahuan kita semua, puting tenggelam (Inverted nipple) adalah masalah biasa yang dihadapi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Ramai ibu merasa bimbang apabila puting payudara mereka tenggelam. Sebenarnya ibu tidak perlu risau kerana bayi mendapat susu daripada payudara dan bukannya dari puting. Ibu memastikan bayi menghisap sebahagian besar tampok gelap payudara. Bayi akan menghisap puting dengan kuat semasa menyusu dan ini akan membantu memulihkan puting. Sebelum itu kenali jenis puting anda terlebih dahulu. 


Beberapa cara boleh digunakan untuk merangsang puting keluar:

(1) Nipplet - Pam khas ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti

urutan untuk melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi. (boleh beli picagari dari mana-mana farmasi, potong bahagian depan sebagai alternatif pam juga).


(2) Urutan - Selain itu, mereka boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain lembap atau
disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan wanita tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet. Kaedah ini juga boleh dilakukan dalam peringkat mengandung bagi memastikan masalah ini dapat diselesaikan sebaik melahirkan bayi. 


(3) Pam Susu / pam payudara - Wanita juga boleh menggunakan pam payu dara untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan saja dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah memudahkan bayi menyusu. Saya gunakan pam jenis #medela kerana selesa dengan kadar penyelarasannya. Susu juga dapat dikumpul dengan banyak dalam waktu yang singkat.

(4) Nipple shield - Teknik ini adalah langkah terakhir yang boleh lakukan jika cara-cara lain tidak menjadi. Caranya ialah anda menjadikan nipple shield sebagai pengganti puting anda yang tenggelam itu. Untuk mengelakkan bayi “gian”untuk menyusu menggunakan nipple shield, anda perlu mengalihkannya sebaik sahaja bayi melekap pada payudara anda. Selain itu, boleh juga Nipple shield ini untuk menghalang di gigit baby apabila baby sudah mula tumbuh gigi. Boleh beli dengan pelbagai jenis jenama.


(5) Teknik Hoffman - Letakkan ibu jari di atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payu dara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda. Dengan itu, anda melakukanregangan ke atas puting dan melonggarkannya. Jadi, puting mudah bergerak ke dalam dan ke luar. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya lima kali sehari. Ini macam mengentel-gentel puting anda. Biasanya misi-misi akan suruh anda buat jika didapati puting anda tenggelam sejak minggu ke 30 mengandung lagi.

Saya harap dengan adanya perkongsian ini dapat memberikan manfaat pada ibu-ibu yang senasib dengan saya. Saya juga sarankan ibu-ibu mengambil SET PENYUSUAN untuk menjana tenaga serta susu lebih banyak terutamanya bagi ibu yang bekerja.

Dina 
012-2251902

Friday 20 June 2014

El-nino: Selamatkah air minuman kita???

Gejala El-nino kembali lagi.... Fenomena El Nino merujuk kepada pemanasan yang berpanjangan suhu permukaan di Lautan Pasifik timur selama enam bulan setiap dua hingga tujuh tahun. dijangkan El-nino berlaku pada akhir tahun 2014 atau pada awal tahun 2015. Untuk makluman semua, "keadaan cuaca panas sekarang ini berlaku kerana monsun barat daya yang mana membawa haba, kurang hujan serta pembentukkan awan kurang".- BERNAMA

Keadaan yang paling dibimbangi rata-rata rakyat Malaysia adalah bekalan air yang mencukupi ketika menghadapi musim panas ini. Pada suku tahun ke-dua baru-baru ini rakyat selangor gempar apabila kebanyakan tempat di sekitar lembah klang terpaksa melalui saat -saat getir "CATUAN AIR". Kini sudah lebih sebulan rakyat kembali dengan kehidupan bebas "CATUAN AIR" tetapi digembar-gemburkan dengan cerita El-nino pula. (Mari doa banyak-banyak agar El Nino tidak memberi kesan buruk kepada bekalan air kita.... Amin!!!)

Pihak yang terlibat bertungkus lumus memastikan simpanan di empangan mencukupi serta bekalan tersebut selamat untuk minuman semua rakyat. Pantauan terhadap bekalan serta kualiti air dilakukan dari semasa ke semasa oleh "pakar-pakar Air" kita.Ni adalah sebahagian prosedur rutin saya memeriksa tahap kesihatan air setiap hari..... (saje je letak sini)

Setiap titis air yang disalurkan telah dijamin tahap kualitinya berdasarkan Standard Air Minum Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun begitu, bekalan yang mungkin sampai ke rumah kita kadang-kadang kelihatan keruh, berkeladak dan berbau Klorin. Beberapa faktor dari segi keadaan paip serta tangki simpanan adalah penyebab utama. Jadi walaupun anda menerima bekalan terus dari sumbernya,
saya galakkan supaya menapis air untuk kegunaan minuman di rumah kita.
Seperti saya menggunakan "GET CLEAN WATER PITCHER" untuk menapis air kali dua di rumah sebagai langkah berjaga-jaga. Lebihan sisa logam serta bahan kimia mungkin masih ada dan boleh mengakibatkan kanser untuk jangkamasa panjang. (haaa... of course la kita tak boleh lihat dengan mata kasar setiap titis air yg keluar dari pili kita ada mengandungi bahan-bahan tersebut selain warna air atau tahap kekeruhan air).


Ujian tahap kekeruhan seperti di bawah ye.
 Jika nak rasa sendiri air yang s]ditapis dengan "GET CLEAN WATER PITCHER" jemput datang umah saya atau dapatkan sendiri satu untuk kegunaan seisi keluarga.

Air minuman yang bersih adalah air yang kelihatan jernih, rasa "manis" serta segar. Kita pasti boleh bezakan air yang kita minum berbeza. Kepentingan air minuman yang bersih adalah kerana bantu kesegahan sel-sel badan kita, membantu pengaliran darah, memudahkan penyerapan nutrient (khasiat) yang dimakan ke dalam badan kita serta banyak lagi.

Hargai air!!!! Mari jimatkan penggunaan air juga.

Sekiranya anda berminat untuk pesana penapis air "Get Clean Water Pitcher" ini, sila hubungi saya.

Dina
Water Treatment Engineer
sms/wassap 012-2251902
sitirodhina@gmail.com
FB: Dina Rani

Tuesday 10 June 2014

Anak Sakit Perut: Kenali dari jenis najisnya

Ramai ibu-ibu menyusu tidak menyedari bahawa bayi/anak mereka sedang mengalami masalah sakit perut. Najis merupakan penanda aras yang baik untuk menentukan keadaan kesihatan badan seseorang termasuk bayi dan anak-anak. Rutin membuang air besar hampir setiap hari. Namun, kadang-kadang ada yang jarang buang air besar. Bagi bayi/anak yang masih menyusu mungkin keadaan ini normal tetapi adalah tidak normal jika keadaan ini berlarutan.

Mengikut kajian daripada “Bristol Stool Chart”, “Meyers Scale” atau bahasa melayu“Skala Tahi Bristol”. Tahi boleh dikelaskan kepada 7 jenis.(Wahhh!!! banyak tu) Skala ini telah dinamakan “Skala Tahi Bristol” kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK.

(Dalam bahasa malaysia seperti di bawah)
Jenis 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu.
Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas.
Jenis 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal.

APAKAH MASALAH DENGAN JENIS-JENIS NAJIS INI????
ADAKAH PENTING UNTUK KITA TAHU????

Najis jenis 1 dan 2
Sekiranya najis bayi seperti ini, itu maksudnya abyi sedang mengalami sembelit. Kalau dapat
najis sebegini, memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab najis itu dah menjedi keras. Biasanya terjadi apabila bayi tidak jarang membuang air besar. Semakin lama najis berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia.

Najis jenis 3 dan 4
Najis pada kategori ini adalah najis normal.Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau bayi sering membuang serta lawas setiap hari.

Najis jenis 5,6 dan 7
Bagaimana pula dengan jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau ibumenyusu telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan bayi cirit birit seperti masakan terlaluy pedas. Namun untuk kategori 6 hingga 7, ibu menyusu kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu bayi membuang atau cirit lebih daripada 3 kali sehari. (Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!...Nauzubillah...)

Diet juga sangat mempengaruhi rupa najis yang dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. 


Walau bagaimanapun, semua tanda ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Ibu menyusu boleh merujuk pada kakitangan kesihatan sekiranya mereka kurang pasti. Di sini saya mencadangkan ibu menyusu mencuba SET PENYUSUAN SHAKLEE untuk membantu menambahkan susu ibu serta memudahkan pembuangan air besar anak dan ibu. Bagi anak-anak yang sering sembelit dan telah berumur lebih dari 12 bulan, saya syorkan ibu memberikan multivitamin yang kaya dengan serat  seperti MEALSHAKES selain menghidangkan makanan seimbang untuk anak anda.

Semoga dengan perkongsian saya ini dapat membantu ibu-ibu muda dalam penyusuan serta penjagaan kesihatan bayi/anak.

Dina Rani
sms/weechat/wassap 0122251902


NOTA KHAS BUAT IBU YANG BAKAL DAN BARU MELAHIRKAN : PANDUAN MEMULAKAN PENYUSUAN MENJELANG KELAHIRAN DAN SETELAH MELAHIRKAN

Semua wanita yang bergelar IBU yang normal pasti mempunyai impian untuk menyusukan sendiri bayi mereka. Kerana ia merupakan hadiah pertama paling berharga dan terbaik buat yg tersayang. Kerana susu ibu dicipta oleh Allah swt sebagai rezeki yang perlu disalurkan kepada anak melalui ibu. Kebiasaannya ramai ibu terutama yg pertama kali melahirkan anak seakan hilang arah dan tiada panduan bagaimana dan apa yang perlu dilakukan sejurus selepas melahirkan bayi. Biasanya mereka memang bersungguh-sungguh untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu tetapi dek kerana kurang sokongan dan ilmu berkenaan ini membuatkan mereka keliru apa yang sepatutnya mereka lakukan. Saya sungguh-sungguh tidak mahu perkara begini berlaku dan akhirnya membuatkan ibu dengan mudah percaya yang mereka TIADA SUSU sedangkan apa yang sepatutnya mereka lakukan tidak mereka lakukan.

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini, bila berdepan dengan situasi konflik seperti ini oleh beberapa orang ibu yang membuatkan saya rs agak kesal. Sebagai seorang ibu yang bersungguh-sungguh mahu menjayakan PSI anda tidak seharusnya MALAS untuk mencari maklumat kerana dunia hari ini segala maklumat berada di hujung jari. Sy tidak begitu risau pada ibu-ibu BIJAK yang mengambil tindakan berhubung dengan saya atau MBfPC yang lain atau telah bersiap sedia membuat 'homework' menjelang saat kehamilan. Cuma yang merisaukan saya ialah golongan ibu yang ada keinginan tetapi agak CULAS mencari ilmu.

KENAPA ANDA PERLU MENYUSUKAN ANAK?
1. Kerana susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak tanpa memerlukan anda mengeluarkan modal yg tinggi. Modalnya cuma ILMU dan KASIH SAYANG.
2. Penyusuan Susu Ibu (PSI)  memenuhi keperluan fizikal anak malah ia juga memenuhi keperluan emosi dan rohaninya. Ini semua tidak akan dapat dipenuhi melalui susu formula walau harganya puluhan RM.
3. PSI melengkapi fasa kehidupan seorang wanita.
4. PSI akan membuatkan anak semakin hari semakin dekat dan jatuh cinta pada anda. Kerana kalian berkongsi segala-galanya terutama makanan dari dalam kandungan sehinggalah mereka berusia 2 tahun.
5. PSI bukan hanya mengenyangkan perut bayi sebaliknya dibekalkan sekali dengan kasih sayang dan jamitan keselamatan. Biasanya ibu menyusukan anak dengan memangku dan memeluk mereka, sambil membelai anak kecil itu membuatkan anak berasa selamat dan disayangi.

REALITI YANG WAJIB BUAT SEMUA IBU DAN BERSEDIALAH UNTUK BERHADAPAN DENGAN SITUASI YANG BAKAL ANDA LALUI MENJELANG KELAHIRAN DAN SETELAH MELAHIRKAN.

1. JIKA ANDA MEMILIH UNTUK BERSALIN DI HOSPITAL SWASTA / HOSPITAL BUKAN RAKAN BAYI (TIDAK MENYOKONG PENYUSUAN SUSU IBU)
  • Anda WAJIB memaklumkan pada pihak hospital tentang pilihan anda untukMENYUSUKAN ANAK HANYA DENGAN SUSU IBU (exclusive breastfeeding). Jika tidak, anak anda akan diberi susu formula sebagai minuman pertama mereka. 
  • Pastikan anak diberi pada anda dlm tempoh sejam selepas dilahirkan untuk disusukan buat kali pertama. Rangsangan awal ini sangat-sangat penting. Jika anda bersalin secara normal, anda WAJIB untuk memohon supaya anak anda tidur bersama anda(ROOM IN) bagi membolehkan anda menyusukan bayi sekerap yang boleh atau mengikut permintaannya (FEEDING ON DEMAND).
  • Kebiasaannya anda akan dibekalkan dengan sample susu formula dr brand tertentu. Sebaiknya, buang atau beri pada ibu lain yang tidak berhasrat untuk menyusukan anak mereka. Bila anda terus menyimpan dan punya hasrat kononnya untuk dijadikan sebagai susu "back up",  mind set anda akan terganggu dan badan tidak bersedia 100% untuk menghasilkan susu ibu yang cukup untuk anak anda.
2. JIKA ANDA MEMILIH UNTUK BERSALIN DI HOSPITAL KERAJAAN / HOSPITAL RAKAN BAYI 
  • Perjalanan penyusuan anda tidak begitu sukar kerana kebiasaannya nurse sendiri yg akan membawa bayi kepada anda untuk disusukan sama ada sewaktu doktor sedang menjahit luka atau selepas semuanya selesai. Kebiasaannya jam pertama selepas kelahiran anak anda telah pun dapat menyusu direct dengan anda.
  • Jika dlm tempoh 2-3jam selepas melahirkan nurse masih tidak membawa anak kepada anda, maklumkan pada mereka.
  • Jangan risau kerana anak kita dilahirkan dan dibekalkan oleh Penciptanya dengan naluri hisapan yang kuat. Mereka pandai menyusu secara semulajadi walaupun tanpa diajar.
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SETELAH BAYI DILAHIRKAN?

1. SUSUKAN ANAK SECEPAT MUNGKIN
  • Manfaatkan sebaiknya 20-30min pertama selepas kelahiran ini kerana Refleks Rooting dan hisapan adalah paling tinggi dalam masa tersebut.
  • Satu hingga dua jam pertama kelahiran merupakan waktu paling tenang dan paling peka buat bayi. Inilah waktu terbaik untuk bayi mengenal peyudara dan belajar menyusu.
  • JIka anda perasan sekeliling kawasan areola terdapat kelenjar2 yg timbul seperti urat timbul itu sbrnye di namakan Kelenjar Montgomery, kelenjar ini lah yang menghasilkan bau yg unik membuatkan bayi kenal dengan payudara ibunya.
2. SUSUKAN ANAK SEKERAP MUNGKIN
  • Susukan bayi setiap jam sekali atau 2 jam sekali. Kebiasaannya bayi yang baru lahir lebih banyak tidur. Jangan biarkan mereka tidur sebaiknya kejut bayi untuk menyusu. Pastikan anak menyusu 8-12kali dlm tempoh 24jam. Lebih kerap lebih baik!
  • Lebih banyak bayi menghisap payudara lebih tinggi hormon oksitosin dan prolaktin terhasil dengan izin Allah lebih banyak susu akan dihasilkan.
  • Jika anak kerap mahu menyusu ia merupakan suatu yang normal dan sangat baik,JANGAN MERUNGUT! sebaliknya penuhilah permintaannya. Ini kerana, bayi sedang membantu payudara anda menghasilkan susu yang meriah. Susu hanya akan banyak jika payudara menerima stimulasi maksimum dari bayi.
3. JANGAN SESEKALI MEMBERI BAYI MENYUSU MENGGUNAKAN BOTOL SUSU DAN PUTING TIRUAN!
4. FAKTA YANG WAJIB ANDA TAHU!
  • Jika ibu diberi ubat penahan sakit, terdapat kesan sampingan pd bayi : ada kemungkinan bayi tidak dapat memulakan penyusuan kerana mamai ataupun hisapan tidak teratur.
  • Bayi menggemari rasa manis, hebatnya ciptaan Allah kerana kolostrum yang tinggi dengan laktosa berasa agak manis!
  • Kebiasaannya bayi baru lahir menghabiskan 60% masanya dengan tidur, bagaimanapun setelah itu mereka akan kerap bangun untuk menyusu dan diselang selikan dengan tidur yang singkat.
  • Dalam bulan pertama kelahiran suatu yang NORMAL jika bayi menyusu lebih kurang 5-10 kali dalam tempoh 2-3jam! Ini dinamakan sebagai cluster feeding. Tapi sayangnya, kebanyakan ibu mengganggap situasi ini merupakan tanda anak mereka lapar dan tak cukup susu! Ibu2, ternyata anda silap sama sekali!!!
  • Ramai ibu beranggapan mereka tidak mempunyai susu kerana apabila memicit puting tiada susu yang keluar. Ini merupakan MITOS semata-mata, masakan tidak. Kolostrus sudah mula terhasil sejak hamil dan selepas bersalin dgn kuantiti yang SEDIKIT bersesuaian dengan saiz perut bayi baru lahir.
  • Adalah normal jika payudara nampak seperti TIADA SUSU pada hari pertama kelahiran ini kerana susu matang belum terhasil yang ada cuma KOLOSTRUM yang pekat dan sedikit sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah susukan lah anak sekerap yang boleh.
  • Saya ulang, Adalah normal jika payudara nampak seperti TIADA SUSU pada hari pertama kelahiran ini kerana susu matang belum terhasil yang ada cuma KOLOSTRUM yang pekat dan sedikit sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah susukan lah anak sekerap yang boleh.
  • Saya ulang sekali lagi, Adalah normal jika payudara nampak seperti TIADA SUSU pada hari pertama kelahiran ini kerana susu matang belum terhasil yang ada cuma KOLOSTRUM yang pekat dan sedikit sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah susukan lah anak sekerap yang boleh.
  • Dan ulang lagi, Adalah normal jika payudara nampak seperti TIADA SUSU pada hari pertama kelahiran ini kerana susu matang belum terhasil yang ada cuma KOLOSTRUM yang pekat dan sedikit sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah susukan lah anak sekerap yang boleh.
  • Payudara TIDAK AKAN terus bengkak dan penuh dengan susu pada hari 1-3 selepas kelahiran.
  • Payudara hanya akan mula membengkak bila susu matang mula terhasil. Selepas semua kolostrum dan "transitional milk" terhasil dan dinikmati oleh bayi barulah susu matang terhasil.
  • Waktu inilah baru ibu dapat lihat susu memancut bila puting di picit, waktu ini juga barulah susu mula menitik dan membasahi baju anda dan fasa bengkak susu mula terjadi. Kebiasaannya selepas 4 hari atau seminggu barulah ianya terjadi.
  • Jadi saya merayu selepas ini, janganlah ada lagi ibu yang memberi tahu merekaTIADA SUSU, TAK CUKUP SUSU, ANAK KELAPARAN, ANAK TAK CUKUP SUSU! Jika anda sendiri culas menyusukan anak sekerap mungkin.
Sejujurnya, seikhlas hati saya ingin katakan pada anda semua. Bukan mudah untuk menjayakan Penyusuan Susu Ibu kerana ianya memerlukan pengorbanan yang tiada taranya. Kesakitan, keperitan, kepedihan, luka, penat, mengantuk semua nya WAJIB dilalui sebelum anda mahukan HASIL YANG LUMAYAN! Ini semua menuntut PENGORBANAN, KESABARAN, KEYAKINAN dan SEMANGAT yang tiada tolok bandingnya.

Ini semua cara Allah swt melatih dan mengajar semua ibu menjadi seorang yang KUAT, TABAH dan benar-benar BERSEMANGAT untuk memberikan yang terbaik, dengan izin Allah swt anak yang lahir dan dibesarkan kelak penuh dengan KEKUATAN, KETABAHAN dan sentiasa BERSEMANGAT meneruskan kehidupan. Barulah berbaloi diletakkan keistimewaan SYURGA di bawah telapak kaki seorang IBU!

SALAM PENYUSUAN SUSU IBU!




Artikel ini hasil kupasan menarik oleh Noorfazila Abdul Rahman (Malaysian Breastfeeding Peer Councelor).

Dapatkan nasihat serta bimbingan cara-cara penyusuan dan tips pemakanan hebatkan penyusuan susu ibu dari saya juga. PM saya di Facebook Dina Rani atau sms/watsapp 0122251902 untuk keterangan lebih lanjut.

LikeLike ·  · 

Friday 6 June 2014

Vitamin E Shaklee rahsia awek muda Artis

Ramai yang kagum dengan kecantikkan kulit artis-artis tanah air kita contonnya Raja Emma (Anak kepada Arwah seniwati Yusni). Beliau telah diajar mengamalkan vitamin E sejak dari usia remaja lagi daripada Arwah ibunya. Dan inilah hasilnya sekarang..... (Tengok sendiri la Gambar terkini beliau ye...). Saya sendiri juga telah mengamalkan Vitamin E shaklee, baru bebereapa hari tetapi sudah nampak kesannya tau...

Khasiat vitamin e:
» Antioksidan yg kuat
» Lindungi kulit dr sinar uv
» Kurangkan kesan kedutan, parut dan jeragat

» Lindungi paru-paru
» Tingkatkan imuniti tubuh
» Tingkatkan libido
» Kurangkan risiko kanser prostat bagi lelaki
» Kurangkan risiko penyakit Alzheimer (nyanyuk)
» Kuatkan rahim (kurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil)
» Merendahkan kadar kolesterol
» Membantu mencegah kanser

Sesuai untuk:
» Semua (12 tahun ke atas)

Perbezaan shaklee:
» Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum
» Mengandungi selenium semulajadi yang bantu tubuh menyerap vitamin E
» Penyahtoksik semulajadi logam berat
» Shaklee menggunakan d-alpha tocopherol dari sumber semulajadi sayur-sayuran
» Mengandungi grape seed extract yang mengandungi proanthocyanidins (komponen yang menunjukkan mempunyai aktiviti antioksidan yang lebih tinggi daripada vitamin C dan vitamin E)

Untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik, sihat, berseri2 dan cerah, mari amalkan vitamin E shaklee. Boleh dapatkan dari saya door to door service, hubungi Dina wassap/sms 012-2251902 untuk pesanan atau pertanyaan lanjut.

Thursday 5 June 2014

Atasi simptom-simptom awal Arthritis Dengan Vitamin E Shaklee

Khamis lepas saya dikunjungi lagi seorang agen insuran********, dari cerita insuran sampaila berkongsi pengalaman kerja serta kesihatan diri. Orangnya nampak sihat tetapi rupanya dalaman gigih bangkit melawan satu penyakit misteri.

*********************************************************************************
Ceritanya macam ni.... suatu pagi beliau bangun dari tidur dan dapati seluruh tangan kirinya langsung tidak boleh bergerak. Terus di bawa parent ke hospital dan setelah menjalani beberapa ujian doktor mengesahkan beliau mengenai penyakit misteri tersebut adalah tanda-tanda awal penyakit "Arthritis". Allahuakbar!!!! Beliau masih muda dan belum berkahwin. Terharu serta sedih saya mendengarnya.
*********************************************************************************
Apakah Arthritis?????
Apakah punca-punca Arthritis?????
Siapakah yang berisiko mendapat penyakit ini?????

Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma "autoimmune", jangkitan, perubahan "degenerative" atau kecacatan pada baka. 



Jenis-jenis arthritis adalah: 
1) Osteoarthritis (OA)
2) Rheumatoid Arthritis
3) Infectious arthritis
4) Polymyalgia rheumatica

Tanda-tanda dan gejala
*Sakit sendi  (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan bahagian bawah tulang belakang terutama semasa dan selepas aktiviti.
*Bengkak di bahagian sendi dan dalam OA terdapat bengkak yang tegang di persekitaran sendi.
*Kekerasan sendi.
*Sakit di sekitar sendi.
*Deformiti.
*Kejang semasa pergerakan (dalam OA).
*Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendi lutut).
*Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya.
  (sukar melakukan tugasan tertentu)
* sakit bertambah teruk apabila pergerakan berlebihan.

Faktor-faktor risiko osteoarthritis
Peningkatan umur
Kegemukan :di kedua - dua sendi lutut yang mendapat OA
Keturunan:terutamanya OA yang terjadi pada semua sendi.
Pergerakan yang keterlaluan.
Kecederaan sendi yang teruk:Kepatahan tulang.
Koyak pada bahagian meniscus.
kerosakan pada ligamen
Pekerjaan:OA sendi lutut dikalangan pekerja.
OA sendi paha di kalangan petani.

Perawatan
Perawatan OA melibatkan pendekatan pelbagai disiplin bertujuan untuk menghilangkan gejala dan memperbaiki fungsi sendi.
Ia melibatkan rawatan tanpa ubatan dan penggunaan ubatan.
Bagi kes-kes tertentu, pembedahan diperlukan.



Pemakanan sihat serta yang berfungsi membantu mengatasi masalah sakit sendi disyorkan pada mereka yangmempunyai gejala penyakit ini. Setelah membuat sedikit kajian, didapati khasiat daripada Vitamin E Shaklee sangat bermanfaat bagi memperbaikki Arthritis. Vitamin E shaklee disediakan sekali dengan 10mg selenium semulajadi membantu meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaikki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi.

Mereka yang ingin merawat sakit sendi atau lebih tepat mempunyai simptom-simptom Arthritis, saya cadangkan agar mengambil langkah bijak. Jaga pengambilan makanan, senaman yang bertepatan, minum banyak air kosong serta amalkan Vitamin E bagi memelihara kesihatan sel-sel darah dan otot. Anda boleh hubungi saya (Dina 0122251902 wassap/sms) untuk pesanan atau pertanyaan lanjut.


Tuesday 3 June 2014

Bertemu jodoh gara-gara set cantik shaklee

Hari ini saya ingin kongsikan kebaikan set cantik shaklee pada gadis-gadis serta jejaka diluar sana.
Umumnya set cantik shaklee ini terdiri daripada Vitamin E complex, Sustained Release Viatmin C dan B Complex. Dek penangan set cantik shaklee ini jugalah teman sekolah saya telah mendapat jodoh baru-baru ini (Tidak boleh mention nama beliau disini atas dasar isu peribadi ye....) Berkat doa ibubapa serta diberkati Allah juga adalah faktor beliau mendapat jodoh dalam masa terdekat ini.. Usaha dan doa kunci utama hajat dimakbulkan Alhamdulillah....haiiish.. Hebat sangat ke sampai begitu sekali penangannya.

Apa yang anda akan dapat setelah menggunakan set cantik shaklee ini????Adakah produk kecantikkan ini selamat dimakan???Apa kelebihan Set Cantik Shaklee berbanding produk kecantikkan yang lain??? 

Antara manfaat set kecantikan shaklee pada kita ialah:
- Mengimbangi kelembapan kulit wajah tanpa meninggalkan kesan berminyak
- Membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan di muka dan di leher (AWEK MUDA)
- Mengatasi masalah kulit kering, mengurangkan garis halus serta parut dan menyamakan tona kulit wajah
- Menghilangkan kesan-kesan jerawat serta parut pada kulit
- Menjadikan kulit lebih cerah dan kemerah-merahan serta menambah seri wajah
- Menghilangkan kulit tapak kaki pecah
- Memelihara kesihatan kuku serta rambut

Set kecantikkan shaklee ini selamat dimakan kerana disediakan dengan menggunakan 100% bahan-bahan semulajadi yang mana akan membantu menudahkan penyerapan pada kulit dan badan. Bukan itu saja, set kecantikkan shaklee juga bebas daripada kandungan berbahaya, halal serta suci. Setiap tablet atau kapsul disediakan mengikuti aturan yang diperlukan oleh badan dan diuji secara klinikal.
Set kecantikkan shaklee ini sangat sesuai pada semua lapisan umur yang berumur 13tahun keatas sama ada lelaki atau perempuan. (((((Awas!!! Vitamin E complex dalam set ini tidak sesuai diambil oleh ibu hamil.)))) Sangat sesuai pada wanita bekerjaya yang sibuk bekerja kerana cara pengambilannya yang mudah dan hanya sekali sehari. Wanita bekerjaya juga lebih senang terdedahkan dengan punca-punca kerosakan kulit seperti sinaran UV, radikal bebas, udara tercemar serta pemakanan yang tidak seimbang. Pengambilan yang konsisten serta banyak minum air kosong akan memberikan kesan yang lebih cepat serta effektif.

Ini gambar-gambar wanita bekerjaya yang telah mencuba set cantik shaklee ini dan berpuashati dengan hasilnya. Anda pun boleh jadi seperti mereka juga tau....
 
Wanita bekerjaya yang mempunyai masalah kulit boleh lah hubungi saya (Dina wassap/sms 012-2251902) untuk sebarang pertanyaan lanjut atau pesanan.

ORDER HERE!!!

Name
Contact No.
Email Address
Address (for courier purposed)
Item to Order & Quantity
Payment Made to: Account Name: Siti Rodhina Rani Maybank 151128107296
CIMB 13020116799520
CASH (C.O.D)
Others
Account Transaction No. (If using maybank2U, cimb clicks or others)
Remark

This online form was provided by Freedback.