Kami sekeluarga menghadiri kenduri kecil sepupu bertunang baru-baru ini. Tetapi gempar apabila mendengar desas-desus sepupu kami cuba membunuh diri akibat "frust" apabila ditinggalkan kekasih hatinya. Begini ceritanya;
"Lina (bukan nama sebenar) hampir-hampir bunuh diri apabila ditinggalkan kekasih hatinya. Punca yang menjadi perpisahan apabila bekas kekasihnya, Jamal (bukan nama sebenar) telah menemui gadis lain berkulit putih licin halus gebu.
Lina seorang gadis genit yang bersederhana orangnya, cuma masalahnya wajah Lina yang dulunya licin halus gebu telah bertukar menjadi kusam, berminyak dan berjerawat hampir penuh satu muka sejak kepulangannya dari Kem Latihan PLKN. Pelbagai cara telah Lina cuba tetapi malangnya jerawat semakin banyak timbul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Jamal yang menjadi pujaan hatinya lebih empat tahun tu mula mengejek akan wajah Lina setiap kali berhubung apatah lagi bersua muka.Dan detik kemuncak apabila masing-masing menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT dan Jamal berpaling tadah."
Berbalik kepada tujuan asal saya menulis di sini, izinkan saya berkongsi
Tips Penjagaan Kulit Muka yang Berminyak dan Berjerawat. Beberapa faktor penyebab kepada kulit berminyak dan berjerawat ialah persekitaran yang berdebu dan panas, pemakanan yang tidak seimbang, kurangnya penjagaan wajah serta mungkin penggunaan produk muka yang tidak sesuai.
Antara tips penjagaan muka berminyak dan berjerawat boleh amalkan ialah:
1. Sentiasa basuh wajah dengan air bersih kita apabila pulang dari sesuatu tempat yang terdedah dengan persekitaran terbuka. Persekitaran terbuka boleh jadi tempat menunggu bas, pasaraya, selesai beraktiviti riadah dan sebagainya. Habuk debu serta radikal bebas yang melekat pada muka akan menjadikan kulit sukar bernafas dan menyebabkan iritasi kulit secara diam pada kita.
2. Pilihlah untuk menggunakan
produk penjagaan wajah yang berasaskan air atau gel seperti
Set Penjagaan Wajah Enfuselle Shaklee. Ini kerana produk yang berasaskan air atau gel akan mengurangkan minyak pada wajah dan kulit lebih bebas bernafas.
3. Rajinlah memakan makanan yang kaya vitamin A, C dan E seperti sayuran hijau, buah-buahan seperti oren, nanas dan anggur. Makanan yang kaya dengan sumber vitamin ACE ini sangat membantu untuk kecantikkan kulit. Jika malas nak makan, kita juga boleh buat jus. Tetapi jika malas juga, anda boleh terus makan supplemen khas untuk merawat kulit bermasalah seperti Sustained Released Vitamin C dan Vitamin E Shaklee.
4.
Amalkan bermasker setiap 2 kali seminggu. Kita boleh cuba masker madu dengan limau nipis atau lebih mudah
masker Sustained released Vitamin C shaklee. Masker ini kalau diamalkan boleh membantu menegangkan kulit serta mengecilkan liang roma pada muka. *Apabila liang roma semakin mengecil, makanya lebih kurang minyak pada muka kita... BEST kan?
5. Sentiasa minum air kosong sekurang-kurangnya 2 Liter sehari. Ini penting kerana air akan mengembalikan kesegaran pada kulit serta membantu melembapkan kulit kita juga. Biasanya kulit berjerawat ini mengundang kulit menjadi kusam dan kering (Ini berdasarkan pengalaman saya sebelum ni).
6. Elakkan makanan yang tinggi kandungan minyak serta kolesterol seperti makanan segera, roti canai kedai mamak, makanan bergoreng dan yang sewaktu dengannya. Ini memang orang lain tak boleh "control" untuk kita, tapi jika kita mahu cantik dan sihat, apa salahnya kita jaga pemakanan kita.
Sekian saja perkongsian saya hari ini, diharapkan tips penjagaan wajah ini dapat membantu anda yang bermasalah kulit seperti ini. Anda juga boleh dapatkan supplemen cantik dan produk penjagaan wajah yang bersesuaian dari saya. Kulit yang sihat akan menjadikan kita tampil lebih yakin, sihat, ceria, dan tak perlu takut jika tiada kekasih hati. Kerana "jejaka" sana pula yang akan "memburu" kita. Namun begitu, buatlah pilihan bijak, pilihlah "jejaka" yang menerima kita kerana diri kita bukan kecantikkan semata-mata. WaAllahuaklan....
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan lanjut:
BONUS RAHSIA KULIT HALUS GEBU TANPA PENGGUNAAN KOLAGEN UNTUK MEREKA YANG MENGHUBUNGI SAYA SEGERA!!!!
Dina Rani
call/sms/wassap/ weechat: 012-2251902
PM di Facebook: Dina Rani
C.O.D: Salak Tinggi / Putrajaya / Nilai 1 / Puchong
***Penghantaran terus ke seluruh Malaysia
Casino Resort Review | Goyang County
ReplyDeleteThis 카심바 gaming hall is also located 바카라출목표 near Lake 바카라사이트주소 of Dreams. 뭐 먹지 룰렛 The casino's 40000 1bet square foot gaming room is an upscale guest room that features 60000 square feet of gaming