Pengalaman saya pertama kali bergelar ibu sangat-sangat mencabar namun dengan pertolongan ibu saya (a.k.a Tok Mak), saya berjaya harungi kesukaran tersebut. Antara perkara yang mencabar ialah nak tahu bila waktu baby perlu susu atau mahu tukar lampin bukannya apabila baby menjerit kerana kelaparan. Yela kan, baby baru je beberapa hari takkan boleh bagitahu yang mana satu baby mahukan saat itu kan.
Jadi di sini suka untuk saya kongsikan "Baby cues" for newly mummy, di harap bermanfaat untuk semua ibu-ibu.
Isyarat Bayi " Baby Cues": Isyarat kelaparan awal bayi
- Menghisap lidah, bibir, tangan atau jari manakala tidur
- Bergerak lengan dan tangannya ke arah mulutnya
- Pergerakan resah manakala tidur
- Pergerakan mata yang cepat di bawah kelopak mata
- Membuka mulutnya apabila bibirnya disentuh
- "Pengakaran" atau mencari puting
- Membuat bunyi kecil
Jika anda memerlukan konsultasi mengenai penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya..
Dina Rani
call/sms/weechat/viber/wassap 012-2251902
sitirodhina@gmail.com
FB: Dina Rani
Fanpage: https://www.facebook.com/HotSupermommy
No comments:
Post a Comment