Welcome

Currently got fall in luv with SHAKLEE products which is totally suits me. Of course when thinking about taking supplements i believe everyone will do some resarch to choose which is the BEST. For me the important things is the supplements must 100% NATURAL content, SAFE and HALAL (compulsory). And more "MESTI LA NAK KEKAL CANTIK & SIHAT"....kihkih and shaklee did very well on me.. every pills and drinks taken had work efficiently until to what is out of my first target.. What can i say is "ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI". it's worthwhile.. Everyday they rejoice me with extra ENERGY & HEALTHY for my hectic work all day long and being engineer mummy. For those who are interested or look for supplements to maintain health&beauty...do ring me or text me 0122251902 or mail me at sitirodhina@gmail.com or pm me on FB (address same as mail)... LET'S SHINE OUR HEALTH & BEAUTY WITH ME...

Monday, 30 June 2014

Masalah puting tenggelam atau Inverted nipple punca tak dapat susukan bayi: 5 tips atasinya dengan saya

Sedih sungguh saya melihatkan bayi sekarang terpaksa di beri susu Formula seawal lahir lagi. Memang ada beberapa faktor contohnya ibu tiada puting atau puting tenggelam menyebabkan ibu "give up" untuk menyusukan baby mereka. Sebenarnya, semua ibu berpeluang untuk menyusukan baby mereka walaupun mempunyai puting tenggelam. Di sini saya lampirkan tips untuk mengatasi puting tenggelam oleh ibu-ibu agar dapat menyusukan baby dengan sempurna.

Untuk pengetahuan kita semua, puting tenggelam (Inverted nipple) adalah masalah biasa yang dihadapi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Ramai ibu merasa bimbang apabila puting payudara mereka tenggelam. Sebenarnya ibu tidak perlu risau kerana bayi mendapat susu daripada payudara dan bukannya dari puting. Ibu memastikan bayi menghisap sebahagian besar tampok gelap payudara. Bayi akan menghisap puting dengan kuat semasa menyusu dan ini akan membantu memulihkan puting. Sebelum itu kenali jenis puting anda terlebih dahulu. 


Beberapa cara boleh digunakan untuk merangsang puting keluar:

(1) Nipplet - Pam khas ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti

urutan untuk melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi. (boleh beli picagari dari mana-mana farmasi, potong bahagian depan sebagai alternatif pam juga).


(2) Urutan - Selain itu, mereka boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain lembap atau
disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan wanita tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet. Kaedah ini juga boleh dilakukan dalam peringkat mengandung bagi memastikan masalah ini dapat diselesaikan sebaik melahirkan bayi. 


(3) Pam Susu / pam payudara - Wanita juga boleh menggunakan pam payu dara untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan saja dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah memudahkan bayi menyusu. Saya gunakan pam jenis #medela kerana selesa dengan kadar penyelarasannya. Susu juga dapat dikumpul dengan banyak dalam waktu yang singkat.

(4) Nipple shield - Teknik ini adalah langkah terakhir yang boleh lakukan jika cara-cara lain tidak menjadi. Caranya ialah anda menjadikan nipple shield sebagai pengganti puting anda yang tenggelam itu. Untuk mengelakkan bayi “gian”untuk menyusu menggunakan nipple shield, anda perlu mengalihkannya sebaik sahaja bayi melekap pada payudara anda. Selain itu, boleh juga Nipple shield ini untuk menghalang di gigit baby apabila baby sudah mula tumbuh gigi. Boleh beli dengan pelbagai jenis jenama.


(5) Teknik Hoffman - Letakkan ibu jari di atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payu dara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda. Dengan itu, anda melakukanregangan ke atas puting dan melonggarkannya. Jadi, puting mudah bergerak ke dalam dan ke luar. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya lima kali sehari. Ini macam mengentel-gentel puting anda. Biasanya misi-misi akan suruh anda buat jika didapati puting anda tenggelam sejak minggu ke 30 mengandung lagi.

Saya harap dengan adanya perkongsian ini dapat memberikan manfaat pada ibu-ibu yang senasib dengan saya. Saya juga sarankan ibu-ibu mengambil SET PENYUSUAN untuk menjana tenaga serta susu lebih banyak terutamanya bagi ibu yang bekerja.

Dina 
012-2251902

No comments:

Post a Comment

ORDER HERE!!!

Name
Contact No.
Email Address
Address (for courier purposed)
Item to Order & Quantity
Payment Made to: Account Name: Siti Rodhina Rani Maybank 151128107296
CIMB 13020116799520
CASH (C.O.D)
Others
Account Transaction No. (If using maybank2U, cimb clicks or others)
Remark

This online form was provided by Freedback.