Pengalaman pertama kali mengandungkan Fateh di bulan Ramadhan tahun 2012 banyak memberi saya pengalaman baru. Hasil daripada info yang saya "gali" sana-sini, saya ingin kongsikan dengan anda beberapa tips agar sentiasa cergas dan segar ibu hamil di bulan ramadhan. (saya puasa penuh bulan itu - masa usia kandungan cecah empat (4) bulan)
Tip agar sentiasa segar ibu hamil di bulan Ramadan- Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
- Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin
- Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda
- Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
- Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin
- Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
- Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
- Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
- Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.
Untuk menambahkan lagi tenaga bagi ibu yang mengandung, pengambilan esp dan mealshakes Shaklee boleh meningkatkan dan melindungi janin di dalam kandungan agar terus mendapat nutrisi....
Manfaat ESP pada ibu mengandung
1) Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukkan
sel.
1) Adalah multivitamin @ pemakanan lengkap, rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanilla tapi dalam bentuk serbuk.
2) Mealshake shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokkan 'easy-on-the-go meal' kerana penyediaannya yang begitu mudah dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrien keperluan harian.
3) Mealshake ini juga sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tidak boleh duduk diam.sesuai untuk juga buat mereka yang tidak sempat ambil sarapan pagi dan hidangan yang seimbang.juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplement dalam bentuk pil terutamanya warga tua.
4) Membekalkan sekurang-kurangnya 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
5) Sumber yang kaya dengan kalsium,serat dan protein.
No comments:
Post a Comment