Welcome

Currently got fall in luv with SHAKLEE products which is totally suits me. Of course when thinking about taking supplements i believe everyone will do some resarch to choose which is the BEST. For me the important things is the supplements must 100% NATURAL content, SAFE and HALAL (compulsory). And more "MESTI LA NAK KEKAL CANTIK & SIHAT"....kihkih and shaklee did very well on me.. every pills and drinks taken had work efficiently until to what is out of my first target.. What can i say is "ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI". it's worthwhile.. Everyday they rejoice me with extra ENERGY & HEALTHY for my hectic work all day long and being engineer mummy. For those who are interested or look for supplements to maintain health&beauty...do ring me or text me 0122251902 or mail me at sitirodhina@gmail.com or pm me on FB (address same as mail)... LET'S SHINE OUR HEALTH & BEAUTY WITH ME...

Sunday 15 February 2015

10 tanda-tanda bersalin bagi ibu hamil

Sekarang kandungan mami sudah masuk 37 minggu! baby bumps obviously seen from far....

37 weeks pregnancy - sori mami malu nak letak gambar posing sendiri, gambar ihsan google je ni!














Masa ni la saat-saat mendebarkan kembali lagi walaupun ini bukan kali pertama mami nak bersalin. Biasa la di akhir-akhir trimester ketiga ni, mami cepat je penat, sakit belakang bila banyak duduk, kaki mula sembab (bengkak) bila banyak memandu atau berjalan, rasa loya-loya dan sewaktu dengannya. Rupa fizikal mami pun berubah habis ni, mane tak nya dari berat 46kg, sekarang sudah 62kg lebih, kembang dari muka sampai la ke jari-jari tangan kaki semua, badan tak yah citer la, memang sah-sah la kembang kan. tak dela nak pakai heels bagainye, sekarang tahap pakai selipar getah RM8.00 tu je.... hahahaha.. Alhamdulillah setakat ni suami mami tak pernah komplen mami gemuk ke kembang ke apam ke depan-depan mami (kat belakang tak tahu la kan.....hehehe).


Dan kalo korang pun nak tahu apa tanda-tanda bersalin, jom baca selanjutnya (berdasarkan pengalaman dan pembacaan mami):

Yang Pertama: Kontraksi Braxton-Hicks

– Kontraksi ini membantu menipis, memendek dan membuka serviks sebagai persediaan kelahiran bayi nanti. Kebiasannya sakit kontraksi ini seperti cramp semasa datang haid dan ia kebiasaannya berlaku 1-2 minggu sebelum kelahiran (nama lain bagi keadaan ini ialah apabila ibu merasa baby macam mengeras)

Yang Kedua : Sakit Belakang Bahagian Bawah

– Ianya berlaku kerana kedudukan bayi lebih rendah dan terasa sangat berat. Sewaktu ini biasanya mami sendiri agak sukar tidur telentang, dan lebih selesa tidur mengiring sambil dilapik bantal kecil di belakang.

Yang ketiga: Pecah ketuban

– Hanya 1/10 ibu2 mengalami pecah ketuban sebelum kelahiran…selebihnya doktor yang akan pecahkan dalam bilik bersalin. Ini mami pun tak pernah lagi pecah ketuban di rumah, hanya dipecahkan di hospital oleh Doktor di labour room.

Yang ke Empat: Lendir pekat bercampur darah (bloody show)

– Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Bila pluk mula keluar bayi anda sudah bersedia untuk bergerak ke bawah secara perlahan-lahan dan kepala akan masuk kedalam rongga pelvis. Masa ini ibu-ibu hsepatutnya segera ke hospital jika kontraksi semakin kerap dan dan dalam masa kurang dari setengah jam sekali.

Yang ke Lima: Kerap terkentut

– Sesetengah wanita akan kerap terkentut kerana kedudukan baby semakin rendah. (Opps!!! no komen...hihi)

Yang Ke Enam: Kerap ke bilik air
– Ibu akan kerap ke bilik air kerana saluran kencing sudah ditekan oleh baby yang sudah mula bergerak ke bawah. 

Yang ke Tujuh: Perut rasa memulas seperti nak buang air besar

– Tekanan kepada saluran untuk buang air besar semakin terasa kerana kedudukan baby semakin ke bawah.

Yang ke Lapan: Cirit Birit

– Hormon kelahiran akan menyebabkan pergerakan usus yang kerap untuk mengosongkannya bagi memberi lebih banyak ruang laluan untuk kelahiran bayi nanti..ia juga akan membutkan ibu2 terasa loya.

Yang ke Sembilan: Keputihan

– Lelehan keputihan makin terasa… (hurmm...jika banyak sangat ibu dinasihatkan supaya segera memberitahu Doktor semasa check up ye)

Yang ke Sepuluh: Berat badan berkurangan

– Berat badan ibu akan sedikit berkurangan atau tidak naik bila kelahiran baby semakin hampir
Diharapkan dengan sedikit perkongsian di atas dapat membantu ibu-ibu yang sewaktu dengan saya mengenalpasti hari-hari kelahiran bayi masing-masing. Dan jika ibu-ibu berminat untuk mendapatkan SET BERPANTANG & MENYUSU SHAKLEE, (Klik sini untuk details) ibu-ibu boleh wassap/call/sms 012-2251902 Dina. 

Tuesday 27 January 2015

Vitalea - Multivitamin terbaik untuk semua

Setiap hari kita makan macam-macam  jenis makanan, daripada makanan ruji sampai la kepada "junkfood" atau "dessert". Kata orang jika kita mahu kekalkan kesihatan yang baik, kita mesti mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang serta sihat. Pilihan untuk memasak sendiri juga adalah lebih baik kerana kita dapat menjaga kualiti makanan yang dimasak serta lebih terjaga kebersihannya.

Bagimanapun, sedar atau tidak, kesibukkan kerja kadang-kadang membataskan pengambilan makan yang seimbang serta kualiti makanan yang dimakan. Makanan yang terlebih masak atau terlebih basuhan juga boleh mengurangkan kandungan zat pada makanan tersebut juga. Oleh itu, tersangat lah bagus jika kita "TOPUP" semula dengan pengambilan makanan pelengkap seperti multivitamin setiap hari. 



Antara banyak-banyak jenama multivitamin suka saya sarankan kita amalkan VITALEA SHAKLEE.




Kenapa ya????
  • mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak dari sayuran dan buah
  • juga mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting
  • tablet Vitalea ini disaluti dengan serbuk spirulina
  • pengambilan secara konsisten selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
Manfaat Utama:

  1. Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran atau kerja
  2. Pelengkap nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan vegetarian dan anemia
  3. Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
  4. Metabolisme - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  5. Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod
  6. Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati
Siapa yang sesuai???

Semua peringkat usia yang berumur setahun dan keatas terutamanya:
i) Ibu hamil / pantang / menyusu
ii) Remaja sekolah
iii) Lelaki yang ingin kekalkan kesihatan
iv) Mereka yang mengidap Anemia atau HB rendah
v) Mereka yang kehilangan banyak darah akibat kemalangan

(untuk kanak-kanak bawah12 tahun boleh terus makan VITALEA KIDS)



Sekiranya ada yang berminat boleh hubungi saya terus Dina Wassap 012-2251902 atau pm di FB Dina Rani.

Sunday 25 January 2015

5 JENIS MAKANAN BANTU TINGKATKAN HB RENDAH PADA IBU HAMIL

Sejak akhir-akhir ini saya dapati ramai ibu hamil mengalami masalah HB rendah. Masalah hb rendah tidak boleh dipandang remeh kerana ia memberi kesan kepada ibu dan janin.

Antara punca-punca HB rendah:

1.Penurunan Kadar hb normal
2. Kekurangan vitamin (zat besi, vitamin B12, folate)
3. Kehilangan darah yang banyak seperti buasir, ibu yang kerap bersalin dan penyakit-penyakit lain. 
4. Masalah sum-sum tulang (penggantian sum-sum tulang -barah, kimoterapi)
5. Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah 6. Peningkatan dalam isipadu darah
7. Penghidap talasemia

Kesan HB rendah pada ibu hamil:

1. Mengalami keguguran
2. Ibu mudah pitam/pengsan
3. Pendarahan semasa megandung dan bersalin
4. Risiko alami penyakit berjangkit
5. Mengalami kegagalan jantung

Kesan kepada janin

1. Pertumbuhan janin terbantut
2. Janin lahir tidak cukup bulan
3. Berat bayi kurang 2.5kg
4. Mati ketika dilahirkan
5. Anak kemungkinan lemas semasa dilahirkan

Bagaimana TINGKATKAN HB dengan makanan seimbang ???



# Kandungan Zat besi boleh didapati dalam pelbagai makanan harian kita. Di antaranya adalah:

1. Daging merah - Mengandungi banyak zat besi yang mampu meningkatkan jumlah hemoglobin dengan cepat.

2. Sayuran - Bayam, kacang merah, kubis, lobak, brokoli, sawi, kacang hitam, bunga kol adalah sayuran yang paling cepat meningkatkan hemoglobin.

3. Buah-buahan - Kismis, plum, buah ara, jambu batu, aprikot, epal dan grapefruit

4. Kacang-kacangan - Tidak semua ibu hamil menyukai kacang-kacangan, namun harus diingatkan makanan ini juga membantu meningkatkan hemoglobin. Contoh Kacang Almond Roti, Pasta dan Sereal - Kebanyakan dari tiga jenis makanan ini mengandungi zat besi tinggi.

5. Gandum juga disarankan diambil oleh ibu hamil sebagai menu diet harian.

TAHUKAH kita ibu hamil memerlukan 30mg/L zat besi setiap hari bagi memastikan bacaan HB sentiasa di paras normal.

Contoh pengambilan makanan yang untuk cukupkan keperluan 30mg/L zat besi ibu hamil:

- Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping
- Daging ayam: bahagian dada
- Kerang: 20 biji
- Ikan bilis

****Diingatkan agar ibu hamil memasak makanan tersebut tidak terlalu masak atau panas, kerana dibimbangi zat besinya akan berkurang. Tetapi ibu hamil juga boleh terus mengambil supplemen zat besi yang khusus untuk meningkatkan HB dalam darah contohnya seperti VITALEA SHAKLEE. Pengambilan zat besi yang mencukupi secara konsisten selama 10-12hari akan memastikan kenaikkan HB sekurang-kurangnya 1.0 d/dl.

Diharapkan agar perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu-ibu hamil yang ada masalah HB RENDAH ini. Ibu-ibu boleh layari blog berikut atau pm atau wassap Dina 012-2251902 untuk pertanyaan lanjut mengenai set hamil shaklee lengkap atau produk berkaitan.
http://badansihatidamanhotsupermummy.blogspot.com/2013/12/set-hamil-shaklee.html

Walaubagaimana, sekiranya ibu hamil didapati kekurangan HB, doktor akan membekalkan ibu hamil dengan iron tablet atau iberet sebagai pemangkin zat besi pada darah ibu. Ibu hamil juga boleh mengambil supplemen yang mengandungi zat besi untuk membantu ibu cukupkan pengambilannya setiap hari selain makanan.

Tips pengambilan iron yang betul :

1. Cara pengambilan iron adalah penting. Sekiranya ibu mengambil iron dengan makanan yang boleh merencatkan penyerapan iron adalah sia-sia sahaja.
2. Susu sangat digalakan untuk ibu hamil tetapi bagi ibu hamil yang mengalami masalah hb rendah, susu mesti juga diambil tetapi perlu dijarakkan waktu pengambilan dengan iron (susu akan menganggu penyerapan zat besi)
3. Semasa hamil ibu-ibu tidak digalakkan mengambil sebarang minuman kafein (kafein juga salah satu makanan yang boleh merencatkan penyerapan iron)
4. Ambil vitamin c bersama-sama makanan yang tinggi zat besi (vitamin c membantu penyerapan zat besi). Contoh makan ayam panggang, brokolo kukus dan beras perang. Brokoli kaya dengan vitamin c dan ayam panggang mengandungi zat besi.
5. Elakkan makanan yang tinggi kalsium apabila makan makanan yang kaya dengan zat besi.
6. Pengambilan iron di waktu pagi dan selepas sarapan adalah lebih baik

Jom Share!!!

Diharapkan agar perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu-ibu hamil yang ada masalah HB RENDAH ini. Ibu-ibu boleh layari blog berikut atau pm atau wassap Dina 012-2251902 untuk pertanyaan lanjut mengenai set hamil shaklee lengkap atau produk berkaitan.
http://badansihatidamanhotsupermummy.blogspot.com/2013/12/set-hamil-shaklee.html

Tuesday 20 January 2015

LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE

Saya kini genap 32 minggu untuk kandungan kali ini, perasaan sudah bercampur baur ni... walaupun bukan kali pertama nak masuk labour room lagi, tapi inilah hakikat perjuangan seorang ibu. Sekarang final stage nak finalize barang-barang untuk newborn baby. Dan lagi satu yang penting, saya mencari SET BERPANTANG yang sesuai. Pengalaman lepas saya langsung tak makan atau minum jamu semasa berpantang kerana anak saya kuning start hari ke-3 sampai 2 minggu juga. Dan doktor dan misi memang minta saya jangan makan jamu-jamu untuk pastikan kuning anak cepat hilang. Jadinya, kali ini adalah kali pertama saya nak cuba sendiri "SET BERPANTANG SHAKLEE".

Dalam peringkat berpantang ni, perkara yang dititikberatkan ialah memastikan LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH, RAHIM CEPAT KECUT, TIADA SEMBELIT, TIADA ANGIN dan BADAN JUGA SIHAT BERTENAGA. Inilah ciri-ciri penting bagi pemilihan SET BERPANTANG saya kali ini.
Ada pelbagai petua untuk bantu sembuhakan luka bersalin dengan cepat seperti tuam dengan ais, sentiasa pastikan luka dibasuh dengan air bersih, jangan gunakan sabun dan sebagainya. Selain dari penjagaan di atas suplemen juga turut membantu penyembuhan luka bersalin. Set berpantang Shaklee ini sesuai untuk yang bersalin normal atau Cesarean. Jadi, Ibu-ibu juga tidak perlu risau menggunakan set ini kerana:
Boleh teruskan digunakan walaupun bayi menghidapi Jaundis (Kuning).
Membantu dalam penyembuhan luka melalui tindakan dalaman tanpa perlu krim, minyak herba atau makanan tambahan lain seperti sup ikan haruan yang agak sukar untuk disediakan. Bagi ibu yang berpantang sendiri, set ini sudah mencukupi tanpa perlu bersusah-payah memikirkan makanan tambahan seperti ibu yang berpantang dijaga.
Tiada efek panas seperti jamu yang tidak sesuai pada ibu yang mengamalkan penyusuan eksklusif.
Boleh terus digunakan walaupun selepas bersalin kerana set ini juga akan mencantikkan kulit ibu, membuatkan wajah berseri-seri serta tidak pucat dan merapatkan keintiman di dalam hubungan suami isteri.
Bertindak sebagai "perapat" jika anda turut mengambil alfalfa bersama set ini.

Set Berpantang Shaklee ini juga sangat sesuai untuk yang Bersalin Normal/ Cesarean.

Fungsi vitamin di dalam set ini:
B Complex
B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.
Vita-C (Sustaine Realease Vita-C)
Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.
Zinc Complex
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan/pati ikan haruan atau air gamat yang sedikit hanyir, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan atau gamat. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas bersalin.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.
Bertambah efektif jika diambil bersama:
ESP dan ALFALFA membantu merangsang aliran susu ibu dengan lebih baik, memulihkan tisu-tisu dalam badan dan memulihkan organ-organ dalaman wanita.(TERBAIK! bertindak sebagai kacip fatimah)
Ostematrix membantu mencegah masalah sembelit yang sering dihadapi oleh kebanyakkan wanita selepas bersalin.
Jika puan-puan semua berminat, boleh hubungi saya:

Dina Rani
012-2251902 (SMS/WASSAP/CALL)
Fanpage: Badansihatidamanhotsupermummy
FB: Dina Rani

Wednesday 10 December 2014

Cara atasi kulit kering dan berminyak dengan set penjagaan muka Enfuselle

Sejak dibangku sekolah lagi, saya memang jenis yang tak rajin sangat nak tepek muka dengan pelbagai serum la, krim la.... Tapi still tak terlepas nak kulit muka yang cantik (ala.... normal la macam awek-awek lain kan). Pelbagai rangkaian produk penjagaan muka terdapat dipasaran dewasa kini tetapi saya jenis yang tak berani nak mencuba sangat kerana bimbang berlaku keradangan pada kulit akibat masalah bahan kimianya atau tidak sesuai dengan kulit. Macam keratan berita ni....(menakutkan bukan???)

 

Wajah yang cantik yakni bebas cela seperti kusam, kering, berjerawat atau berminyak menjadi impian semua wanita. Namun, kini, kita tak perlu lagi gusar untuk memilih produk penjagaan muka yang selamat serta berkesan. Saya syorkan kawan-kawan cuba "SET PENJAGAAN WAJAH ENFUSELLE SHAKLEE" ni.

Untuk pengetahuan semua, Set Enfuselle ini sesuai untuk kita yang mempunyai masalah kulit berminyak, terlalu kering dan sensitif. Set Enfuselle mempunyai 2 kategori iaitu:

i) Normal to dry skin

Hydrating Cleansing Lotion
Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
  • Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

Hydrating Toner
Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit

Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.

  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil


Hydrating Moisturizer 
Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam

  • Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.

Terbukti secara klinikal:

  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik

Eye Treatment 

Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara

  • Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.

Terbukti secara klinikal:

  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.


ii) Normal to oily skin

Purifying Cleansing Gel

Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik


Purifying Toner
Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida

  • Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
Terbukti secara klinikal:
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik

Balancing Moisturizer 

Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
  • Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

Terbukti secara klinikal:

  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik


Eye Treatment
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara

  • Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus

Terbukti secara klinikal:

  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

Haa.... ini lah sedikit sebanyak info mengenai setiap produk dalam SET ENFUSELLE ni... Setakat ini memang sudah ramai pengguna tegar set ini. Klik sini untuk Testimoni pelanggan yang berpuas hati.

Jom kawan-kawan bertukar kepada yang lebih baik, selamat dan yang penting sangat berkesan. Buatlah pilihan bijak sebelum anda merana kerana tersalah pilih produk lagi.

BONUS RAHSIA KULIT HALUS GEBU TANPA PENGGUNAAN KOLAGEN UNTUK MEREKA YANG MENGHUBUNGI SAYA SEGERA!!!!

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Dina Rani
sms/wassap/weechat/call: 012-2251902
PM Facebook: Dina Rani
C.O.D Sekitar Salak Tinggi / Putrajaya / Nilai 1 / Puchong
*Penghantaran seluruh Malaysia 










Sunday 7 December 2014

Hilang kekasih gara-gara muka berminyak dan naik jerawat penuh satu muka : Tips Penjagaan Kulit Muka

Kami sekeluarga menghadiri kenduri kecil sepupu bertunang baru-baru ini. Tetapi gempar apabila mendengar desas-desus sepupu kami cuba membunuh diri akibat "frust" apabila ditinggalkan kekasih hatinya. Begini ceritanya;

"Lina (bukan nama sebenar) hampir-hampir bunuh diri apabila ditinggalkan kekasih hatinya. Punca yang menjadi perpisahan apabila bekas kekasihnya, Jamal (bukan nama sebenar) telah menemui gadis lain berkulit putih licin halus gebu. Lina seorang gadis genit yang bersederhana orangnya, cuma masalahnya wajah Lina yang dulunya licin halus gebu telah bertukar menjadi kusam, berminyak dan berjerawat hampir penuh satu muka sejak kepulangannya dari Kem Latihan PLKN. Pelbagai cara telah Lina cuba tetapi malangnya jerawat semakin banyak timbul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Jamal yang menjadi pujaan hatinya lebih empat tahun tu mula mengejek akan wajah Lina setiap kali berhubung apatah lagi bersua muka.Dan detik kemuncak apabila masing-masing menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT dan Jamal berpaling tadah."

Berbalik kepada tujuan asal saya menulis di sini, izinkan saya berkongsi Tips Penjagaan Kulit Muka yang Berminyak dan Berjerawat.  Beberapa faktor penyebab kepada kulit berminyak dan berjerawat ialah persekitaran yang berdebu dan panas, pemakanan yang tidak seimbang, kurangnya penjagaan wajah serta mungkin penggunaan produk muka yang tidak sesuai.

Antara tips penjagaan muka berminyak dan berjerawat boleh amalkan ialah:


1. Sentiasa basuh wajah dengan air bersih kita apabila pulang dari sesuatu tempat yang terdedah dengan persekitaran terbuka. Persekitaran terbuka boleh jadi tempat menunggu bas, pasaraya, selesai beraktiviti riadah dan sebagainya. Habuk debu serta radikal bebas yang melekat pada muka akan menjadikan kulit sukar bernafas dan menyebabkan iritasi kulit secara diam pada kita.

2. Pilihlah untuk menggunakan produk penjagaan wajah yang berasaskan air atau gel seperti Set Penjagaan Wajah Enfuselle Shaklee. Ini kerana produk yang berasaskan air atau gel akan mengurangkan minyak pada wajah dan kulit lebih bebas bernafas. 

3. Rajinlah memakan makanan yang kaya vitamin A, C dan E seperti sayuran hijau, buah-buahan seperti oren, nanas dan anggur. Makanan yang kaya dengan sumber vitamin ACE ini sangat membantu untuk kecantikkan kulit. Jika malas nak makan, kita juga boleh buat jus. Tetapi jika malas juga, anda boleh terus makan supplemen khas untuk merawat kulit bermasalah seperti Sustained Released Vitamin C dan Vitamin E Shaklee.

4. Amalkan bermasker setiap 2 kali seminggu. Kita boleh cuba masker madu dengan limau nipis atau lebih mudah masker Sustained released Vitamin C shaklee. Masker ini kalau diamalkan boleh membantu menegangkan kulit serta mengecilkan liang roma pada muka. *Apabila liang roma semakin mengecil, makanya lebih kurang minyak pada muka kita... BEST kan?

5. Sentiasa minum air kosong sekurang-kurangnya 2 Liter sehari. Ini penting kerana air akan mengembalikan kesegaran pada kulit serta membantu melembapkan kulit kita juga. Biasanya kulit berjerawat ini mengundang kulit menjadi kusam dan kering (Ini berdasarkan pengalaman saya sebelum ni). 

6. Elakkan makanan yang tinggi kandungan minyak serta kolesterol seperti makanan segera, roti canai kedai mamak, makanan bergoreng dan yang sewaktu dengannya. Ini memang orang lain tak boleh "control" untuk kita, tapi jika kita mahu cantik dan sihat, apa salahnya kita jaga pemakanan kita.

Sekian saja perkongsian saya hari ini, diharapkan tips penjagaan wajah ini dapat membantu anda yang bermasalah kulit seperti ini. Anda juga boleh dapatkan supplemen cantik dan produk penjagaan wajah yang bersesuaian dari saya. Kulit yang sihat akan menjadikan kita tampil lebih yakin, sihat, ceria, dan tak perlu takut jika tiada kekasih hati. Kerana "jejaka" sana pula yang akan "memburu" kita. Namun begitu, buatlah pilihan bijak, pilihlah "jejaka" yang menerima kita kerana diri kita bukan kecantikkan semata-mata. WaAllahuaklan....

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan lanjut:

BONUS RAHSIA KULIT HALUS GEBU TANPA PENGGUNAAN KOLAGEN UNTUK MEREKA YANG MENGHUBUNGI SAYA SEGERA!!!!

Dina Rani
call/sms/wassap/ weechat: 012-2251902 
PM di Facebook: Dina Rani
C.O.D: Salak Tinggi / Putrajaya / Nilai 1 / Puchong 
***Penghantaran terus ke seluruh Malaysia

Tips penjagaan Wajah: Masker Vitamin C bantu atasi kulit wajah berminyak

Alhamdulillah bersempena YES (Year End Sales 2015), pihak syarikat berbesar hati menjalankan promosi berkembar iaitu Sustained Released Vitamin C dan Vitamin E. Dan untuk pengetahuan kita, Sr Vitamin C dan Vitamin E ini adalah dua produk yang dalam SET UNTUK KULIT CANTIK SHAKLEE.

Umumnya, ramai sudah mengetahui kehebatan khasiat vitamin C dan Vitamin E daripada sumber makanan kita sangat bagus untuk cantikkan kulit sejak berzaman-zaman lagi. Contohnya, buah oren, kiwi sangat kaya dengan kandungan Vitamin C dan minyak zaitun pula sangat terkenal sejak zaman purba malah termaktub dalam Al-quran buah yang sangat banyak manfaat kerana kaya dengan Vitamin E. Kedua-dua vitamin C dan vitamin E juga sangat kaya dengan anti-oksida yang dipercayai boleh mengurangkan risiko kanser kulit.

Saya pun tak mahu berceloteh panjang mengenai khasiat kedua-dua vitamin ini, kali ini  saya ingin berkongsi TIPS PENJAGAAN WAJAH dengan masker vitamin C bagi kulit wajah berminyak dan berjerawat.

Ini adalah antara soalan yang sering diajukan oleh kawa-kawan saya sebelum ini, tetapi setelah saya ajarkan cara yang betul, BEST sangat kerana berhasil pada mereka.

Adakah vitamin C bukan produk ini juga memberikan kesan yang sama seperti ini?
Adakah ianya tidak memudaratkan lagi keadaan kulit saya?
Berapa lamakah kesan baik yang saya dapat lihat pada kulit saya?

Cara untuk membuat Masker Sendiri di rumah menggunakan SR Vitamin C:

NOTA KHAS: SR Vitamin C sangat sesuai dijadikan masker bagi mereka yang berkulit berminyak lagi berjerawat selain daripada makan vitamin C ini secara konsisten.

Nak tahu kulit yang berminyak mengundang jerawat halus-halus memenuhi muka tetapi kini usah risau lagi kerana anda pun sudah tahu rahsianya kan...? Klik sini untuk baca testimoni.

Pada saya, SR Vitamin C ini memang vitamin wajib ada di setiap rumah bukan kerana untuk cantik sahaja tetapi sangat bagus bagi meningkatkan daya tahan badan juga. Sesuai untuk mereka yang berumur 13tahun ke atas lelaki atau wanita. Jika anda ingin tahu perbezaan antara Masker Vitamin C dan Masker Vitamin E? ataupun masker yang mana lebih sesuai dengan kulit anda sila hubungi saya:
BONUS RAHSIA KULIT HALUS GEBU TANPA PENGGUNAAN KOLAGEN UNTUK MEREKA YANG MENGHUBUNGI SAYA SEGERA!!!!

Dina Rani
call/sms/wassap/weechat: 012-2251902
PM Fb: Dina Rani
C.O.D seluruh warga SALAK TINGGI / PUTRAJAYA / NILAI 1 / PUCHONG
Penghantaran seluruh Malaysia

ORDER HERE!!!

Name
Contact No.
Email Address
Address (for courier purposed)
Item to Order & Quantity
Payment Made to: Account Name: Siti Rodhina Rani Maybank 151128107296
CIMB 13020116799520
CASH (C.O.D)
Others
Account Transaction No. (If using maybank2U, cimb clicks or others)
Remark

This online form was provided by Freedback.