Welcome

Currently got fall in luv with SHAKLEE products which is totally suits me. Of course when thinking about taking supplements i believe everyone will do some resarch to choose which is the BEST. For me the important things is the supplements must 100% NATURAL content, SAFE and HALAL (compulsory). And more "MESTI LA NAK KEKAL CANTIK & SIHAT"....kihkih and shaklee did very well on me.. every pills and drinks taken had work efficiently until to what is out of my first target.. What can i say is "ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI". it's worthwhile.. Everyday they rejoice me with extra ENERGY & HEALTHY for my hectic work all day long and being engineer mummy. For those who are interested or look for supplements to maintain health&beauty...do ring me or text me 0122251902 or mail me at sitirodhina@gmail.com or pm me on FB (address same as mail)... LET'S SHINE OUR HEALTH & BEAUTY WITH ME...

Showing posts with label set kurus shaklee. Show all posts
Showing posts with label set kurus shaklee. Show all posts

Wednesday 5 November 2014

3 FAKTA KURUS DENGAN OMEGA GUARD

Bukan mudah bagi seseorang yang berbadan gempal berubah kurus dengan sekelip mata. Apatah lagi sudah terbiasa dengan rutin yang kurang bersenam, suka junk food, suka minuman manis, skip sarapan pagi, kudap-kudap kerepek sambil menonton tv atau buat kerja dan sebagainya.

Apa yang saya nak share di sini ialah bagaimana seseorang yang ingin kurus boleh mengamalkan omega guard shaklee untuk loss weight or loss inch. Secara umumnya ramai yang ingat hanya kanak-kanak yang ingin membesar sihat serta bijak sahaja perlu makan Omega Guard ni.



Untuk pengetahuan semua, OMEGA GUARD SHAKLEE bermanfaat dalam membantu membakar dan mencairkan lebihan lemak dan kolesterol yang tidak diperlukan oleh badan kita lebih cepat berbanding Lechitin. Jangan bimbang ye kawan-kawan, Omega Guard hanya bakar lemak dari jenis LDLs (kolesterol jahat) sahaja tetapi menyeimbangkan HDLs (kolesterol baik) dalam badan kita. LDLs ini biasanya melekat pada dinding salur darah jantung. jadi, selain badan semakin kurus, kawan-kawan yang mengamalkan OMEGA GUARD juga lebih kurang risiko diserang sakit jantung.


Selain sangat efektif dalam mencairkan lebihan lemak serta kolesterol, kawan-kawan yang berdiet juga kan merasa kenyang lebih lama berbanding sebelum mengamalkan OMEGA GUARD. Bonus pada mereka yang gemuk akibat suka makan junk food atau kudap-kudap. Menarik bukan!!! Jom tengok sini bagaimana proses OMEGA GUARD bantu anda kenyang lebih lama.


OMEGA sangat sesuai digandingkan dengan ALFAFA atau Herbalax dalam SET KURUS SHAKLEE untuk dapatkan kesan kurus yang lebih optimum. Sekiranya anda berminat untuk cuba OMEGA GUARD SHAKLEE atau sekali dengan SET KURUS SHAKLEE ini, sila hubungi saya seperti berikut: Saya akan pastikan konsultasi berterusan sehingga anda berpuas hati.

Dina Rani
sms/weechat/wassap: 012-2251902
email: sitirodhina@gmail.com
PM Fb: Dina Rani
atau isikan borang pesanan seperti di bawah.

Monday 7 July 2014

10 kesilapan besar Berdiet yang menyebabkan Anda tak kurus-kurus

Hampir semua orang suka berdiet untuk jadi kurus dan ramping, terutamanya golongan muda. Tapi, ramai juga tidak menyedari cara mereka berdiet itu salah. Di sini, saya senaraikan 10 kesalahan besar berdiet yang menyebabkan anda gagal kurus.




1) SELALU ABAIKAN BERSARAPAN
Ramai yang fikir dengan tidak makan sarapan adalah salah satu cara berdiet yang senang diamalkan. Tetapi anda sebenarnya salah sama sekali. Sarapan pagi akan memberikan anda tenaga untuk digunakan bagi tempoh bekerja dari awal pagi hingga ke petang. Selain itu, dengan tidak bersarapan akan menglakkan anda makan tengah hari dengan jumlah yang banyak. Tahukah kita bahawa kalori akan menghasilkan tenaga yang akan digunakan hampir 100% daripada sarapan pagi anda. Maka, dengan ini kuranglah penghasilan lemak dalam badan kita.

2) TERLALU MENURUT KATA HATI
Terlalu percaya dengan perkataan pada iklan seperti "Susu Rendah lemak" atau "Krim rendah lemak". Contohnya, anda suka menambah aiskrim rendah lemak yang terhidang di depan mata apabila menikmati sepotong kek. Inilah yang dikatakan terlalu menurut kata hati. Ramai yang berangggapan bahawa makanan yang rendah lemak boleh dimakan berlebihan. Makanan yang rendah lemak tidak semestinya rendah kalori.


3) MAKAN ATAS DASAR BERSOSIAL
Contohnya seperti anda pergi ke restoran makanan segera untuk meraikan teman-teman. Untuk tidak ketinggalan, anda turut memesan hidangan yang sama atau lebih daripada itu. Akibatnya, diet anda akan merana. Ada kalanya, anda perlu bersikap tegas dan mendisiplin diri. Bukan tidak boleh meraikan tema-teman tetapi ambil makanan dalam kuantiti yang kecil dan pastikan yang kurang berlemak.

4) MENYANGKAL MAKANAN KEGEMARAN

Contohnya dahulu cheese kek menjadi kegemaran anda tetapi disebabkan ingin diet, anda menjadikan ia 'musuh'. Tanpa anda sedari, anda sering terfikir kelazatannya. Andai kata, makanan tersebut dihidangkan di hadapan anda, tidak mustahil anda akan menikmatinya tanpa rasa bersalah. Ini selalu terjadi pada kebanyakkan orang, saya tidak menuding kepada sesiapa tetapi lebih kepada pengalaman dan pemerhatian sendiri.

5) SENTIASA TIMBANG BERAT
Pukul 7 pagi anda timbang, tiada perubahan sejak semalam. Pukul 12 tengahari anda timbang lagi,tiada juga perubahan. Pukul 3 petang anda baru sahaja makan sepotong kuih dan terus menimbang. Berat naik 1 kg! kerana kesal, anda tidak peduli lagi dengan menu diet yang telah disusun dan mulai membalas dendam. Anda dinasihatkan agar timbang pada waktu yang sama pada keesokkan atau minggu akan datang untuk dapatkan bacaan yang lebih tepat.

6) MENGURANGKAN KALORI DENGAN DRASTIK
Anda mahu menggayakan baju kebaya ke kenduri. Anda perlu kurangkan berat badan segera dengan mengelakkan makan. Tindakan tidak sihat ini boleh memberikan kesan yang tidak baik. Apabila anda mengurangkan jumlah kalori secara drastik, anda akan mudah kelaparan dan membuatkan anda makan lebih banyak daripada sepatutnya atau mungkin kerap mengunyah snek.

7) TIDAK MENGIRA JUMLAH MAKANAN
Makan lebihan bubur ayam, sebungkus kecil keropok ketika menonton TV, sesudu kek coklat ketika membaca buku, beberapa sudu mi goreng ketika memasak tadi dan sebagainya. Biasanya anda tidak akan terasa seperti makan yang sebenarnya kerana beranggapan bahawa mengambil makanan seperti itu tidak akan memberikan kesan apa-apa. Diet seimbang adalah diet yang di ambil dalam kuantiti yang betul dan pada masa yang betul.

8) MINUMAN TINGGI KALORI

Oleh sebab minuman ringan seperti minuman bergas tidak mengenyangkan, anda anggap ia tidak menaikkan berat badan. Anda minum tanpa rasa bersalah sedangkan anda sedar bahawa jus buah-buahan itu lebih menyihatkan.

9) MEMASAK MAKANAN KEGEMARAN KELUARGA
Suami dan anak-anak meminta dimasakkan makanan kegemaran mereka. Tentu makanan tersebut tinggi kalori dan berlemak. Mungkin makanan tersebut baik untuk anak-anak yang sedang membesar tetapi tidak bagi anda yang sedang berdiet. Jadi, anda tidak perlu mengelak 100% tapi cuba ambil dalam kuantiti yang kecil.

10) TERLALU BERHARAP BERAT BADAN TURUN SECEPAT KILAT

Jumlah penurunan yang ideal adalah sekitar 1/2 kg seminggu. Kebanyakan orang berharap lebih daripada itu sehingga mereka berasa gagal sekiranya tidak mencapainya.





Kepada mereka yang bercadang untuk tampil ramping serta anggun di Hari Lebaran nanti, saya tegaskan agar sentiasa buat pilihan bijak dengan berdiet dengan cara yang lebih sihat. Bagi melengkapi misi kurus anda, saya cadangkan anda cuba juga SET KURUS SHAKLEE agar dapat tampil menarik dengan bentuk badan yang diingin secara sihat TANPA menyeksakan diri anda.Sekian.Dina RaniSms/wassap 0122251902sitirodhina@gmail.comPM FB Dina Rani

ORDER HERE!!!

Name
Contact No.
Email Address
Address (for courier purposed)
Item to Order & Quantity
Payment Made to: Account Name: Siti Rodhina Rani Maybank 151128107296
CIMB 13020116799520
CASH (C.O.D)
Others
Account Transaction No. (If using maybank2U, cimb clicks or others)
Remark

This online form was provided by Freedback.