Sekarang kandungan mami sudah masuk 37 minggu! baby bumps obviously seen from far....
|
37 weeks pregnancy - sori mami malu nak letak gambar posing sendiri, gambar ihsan google je ni! |
Masa ni la saat-saat mendebarkan kembali lagi walaupun ini bukan kali pertama mami nak bersalin. Biasa la di akhir-akhir trimester ketiga ni, mami cepat je penat, sakit belakang bila banyak duduk, kaki mula sembab (bengkak) bila banyak memandu atau berjalan, rasa loya-loya dan sewaktu dengannya. Rupa fizikal mami pun berubah habis ni, mane tak nya dari berat 46kg, sekarang sudah 62kg lebih, kembang dari muka sampai la ke jari-jari tangan kaki semua, badan tak yah citer la, memang sah-sah la kembang kan. tak dela nak pakai heels bagainye, sekarang tahap pakai selipar getah RM8.00 tu je.... hahahaha.. Alhamdulillah setakat ni suami mami tak pernah komplen mami gemuk ke kembang ke apam ke depan-depan mami (kat belakang tak tahu la kan.....hehehe).
Dan kalo korang pun nak tahu apa tanda-tanda bersalin, jom baca selanjutnya (berdasarkan pengalaman dan pembacaan mami):
Yang Pertama: Kontraksi Braxton-Hicks
– Kontraksi ini membantu menipis, memendek dan membuka serviks sebagai persediaan kelahiran bayi nanti. Kebiasannya sakit kontraksi ini seperti cramp semasa datang haid dan ia kebiasaannya berlaku 1-2 minggu sebelum kelahiran (nama lain bagi keadaan ini ialah apabila ibu merasa baby macam mengeras)
Yang Kedua : Sakit Belakang Bahagian Bawah
– Ianya berlaku kerana kedudukan bayi lebih rendah dan terasa sangat berat. Sewaktu ini biasanya mami sendiri agak sukar tidur telentang, dan lebih selesa tidur mengiring sambil dilapik bantal kecil di belakang.
Yang ketiga: Pecah ketuban
– Hanya 1/10 ibu2 mengalami pecah ketuban sebelum kelahiran…selebihnya doktor yang akan pecahkan dalam bilik bersalin. Ini mami pun tak pernah lagi pecah ketuban di rumah, hanya dipecahkan di hospital oleh Doktor di labour room.
Yang ke Empat: Lendir pekat bercampur darah (bloody show)
– Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Bila pluk mula keluar bayi anda sudah bersedia untuk bergerak ke bawah secara perlahan-lahan dan kepala akan masuk kedalam rongga pelvis. Masa ini ibu-ibu hsepatutnya segera ke hospital jika kontraksi semakin kerap dan dan dalam masa kurang dari setengah jam sekali.
Yang ke Lima: Kerap terkentut
– Sesetengah wanita akan kerap terkentut kerana kedudukan baby semakin rendah. (Opps!!! no komen...hihi)
Yang Ke Enam: Kerap ke bilik air
– Ibu akan kerap ke bilik air kerana saluran kencing sudah ditekan oleh baby yang sudah mula bergerak ke bawah.
Yang ke Tujuh: Perut rasa memulas seperti nak buang air besar
– Tekanan kepada saluran untuk buang air besar semakin terasa kerana kedudukan baby semakin ke bawah.
Yang ke Lapan: Cirit Birit
– Hormon kelahiran akan menyebabkan pergerakan usus yang kerap untuk mengosongkannya bagi memberi lebih banyak ruang laluan untuk kelahiran bayi nanti..ia juga akan membutkan ibu2 terasa loya.
Yang ke Sembilan: Keputihan
– Lelehan keputihan makin terasa… (hurmm...jika banyak sangat ibu dinasihatkan supaya segera memberitahu Doktor semasa check up ye)
Yang ke Sepuluh: Berat badan berkurangan
– Berat badan ibu akan sedikit berkurangan atau tidak naik bila kelahiran baby semakin hampir
Diharapkan dengan sedikit perkongsian di atas dapat membantu ibu-ibu yang sewaktu dengan saya mengenalpasti hari-hari kelahiran bayi masing-masing. Dan jika ibu-ibu berminat untuk mendapatkan SET BERPANTANG & MENYUSU SHAKLEE, (Klik sini untuk details) ibu-ibu boleh wassap/call/sms 012-2251902 Dina.
No comments:
Post a Comment