Welcome

Currently got fall in luv with SHAKLEE products which is totally suits me. Of course when thinking about taking supplements i believe everyone will do some resarch to choose which is the BEST. For me the important things is the supplements must 100% NATURAL content, SAFE and HALAL (compulsory). And more "MESTI LA NAK KEKAL CANTIK & SIHAT"....kihkih and shaklee did very well on me.. every pills and drinks taken had work efficiently until to what is out of my first target.. What can i say is "ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI". it's worthwhile.. Everyday they rejoice me with extra ENERGY & HEALTHY for my hectic work all day long and being engineer mummy. For those who are interested or look for supplements to maintain health&beauty...do ring me or text me 0122251902 or mail me at sitirodhina@gmail.com or pm me on FB (address same as mail)... LET'S SHINE OUR HEALTH & BEAUTY WITH ME...

Wednesday 9 July 2014

Bahaya Sakit Gigi pada Ibu hamil

Ramai ibu hamil tidak tahu bahaya mengalami sakit gigi ketika hamil. Ini sebenarnya petanda awal kepada ibu telah kekurangan kalsium atau kurang pengambilan kalsium dalam diet seharian ketika hamil. Penting untuk ibu hamil dan menyusu tahu bahawa keperluan kalsium bagi mereka adalah bersamaan satu liter susu setiap hari. 


KENAPA KALSIUM PENTING??????

Bagi ibu hamil, kalsium sangat penting untuk janin membina tulang serta membentuk struktur yang baik. Manakala bagi ibu menyusu pula, kalsium adalah komponen utama susu ibu selepas protein. Kehadiran kalsium mengelakkan sembelit dan stress pada ibu. Ramai dari rakan rakan dan saudara mara kita sakit sendi dan hilang gigi selepas anak dilahirkan. Antara puncanya adalah kekurangan kalsium. Badan terpaksa "MENCURI" kalsium daripada tulang dan gigi ibu untuk dibekalkan ke dalam susu ibu yang akan dimanfaatkan oleh janin dan bayi. 

Antara sumber-sumber kalsium yang boleh diperolehi dalam diet kita. Perlu kita tahu bahawa pengambilan Vitamin D membantu mengoptimunkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka serta memperbaiki penyakit peridontal. 
                                 

Jadi, pastikan setiap kalsium yang di ambil dilengkapi dengan Vitamin D atau lebih senang pilihlah supplemen kalsium yang disediakan sekali dengan VItamin D seperti OSTEMATRIX SHAKLEE.

Antara ibu menyusu yang mengambil langkah bijak untuk mencegah risiko seperti di atas serta OSTEOPOROSIS dari sekarang. Saya juga ingin sentiasa tampil menarik dengan senyuman menawan gigi penuh hingga usia emas.
Jika anda ingin jadi seperti saya, boleh membuat pesanan dari saya DINA wassap atau SMS 012-2251902.

Monday 7 July 2014

10 kesilapan besar Berdiet yang menyebabkan Anda tak kurus-kurus

Hampir semua orang suka berdiet untuk jadi kurus dan ramping, terutamanya golongan muda. Tapi, ramai juga tidak menyedari cara mereka berdiet itu salah. Di sini, saya senaraikan 10 kesalahan besar berdiet yang menyebabkan anda gagal kurus.




1) SELALU ABAIKAN BERSARAPAN
Ramai yang fikir dengan tidak makan sarapan adalah salah satu cara berdiet yang senang diamalkan. Tetapi anda sebenarnya salah sama sekali. Sarapan pagi akan memberikan anda tenaga untuk digunakan bagi tempoh bekerja dari awal pagi hingga ke petang. Selain itu, dengan tidak bersarapan akan menglakkan anda makan tengah hari dengan jumlah yang banyak. Tahukah kita bahawa kalori akan menghasilkan tenaga yang akan digunakan hampir 100% daripada sarapan pagi anda. Maka, dengan ini kuranglah penghasilan lemak dalam badan kita.

2) TERLALU MENURUT KATA HATI
Terlalu percaya dengan perkataan pada iklan seperti "Susu Rendah lemak" atau "Krim rendah lemak". Contohnya, anda suka menambah aiskrim rendah lemak yang terhidang di depan mata apabila menikmati sepotong kek. Inilah yang dikatakan terlalu menurut kata hati. Ramai yang berangggapan bahawa makanan yang rendah lemak boleh dimakan berlebihan. Makanan yang rendah lemak tidak semestinya rendah kalori.


3) MAKAN ATAS DASAR BERSOSIAL
Contohnya seperti anda pergi ke restoran makanan segera untuk meraikan teman-teman. Untuk tidak ketinggalan, anda turut memesan hidangan yang sama atau lebih daripada itu. Akibatnya, diet anda akan merana. Ada kalanya, anda perlu bersikap tegas dan mendisiplin diri. Bukan tidak boleh meraikan tema-teman tetapi ambil makanan dalam kuantiti yang kecil dan pastikan yang kurang berlemak.

4) MENYANGKAL MAKANAN KEGEMARAN

Contohnya dahulu cheese kek menjadi kegemaran anda tetapi disebabkan ingin diet, anda menjadikan ia 'musuh'. Tanpa anda sedari, anda sering terfikir kelazatannya. Andai kata, makanan tersebut dihidangkan di hadapan anda, tidak mustahil anda akan menikmatinya tanpa rasa bersalah. Ini selalu terjadi pada kebanyakkan orang, saya tidak menuding kepada sesiapa tetapi lebih kepada pengalaman dan pemerhatian sendiri.

5) SENTIASA TIMBANG BERAT
Pukul 7 pagi anda timbang, tiada perubahan sejak semalam. Pukul 12 tengahari anda timbang lagi,tiada juga perubahan. Pukul 3 petang anda baru sahaja makan sepotong kuih dan terus menimbang. Berat naik 1 kg! kerana kesal, anda tidak peduli lagi dengan menu diet yang telah disusun dan mulai membalas dendam. Anda dinasihatkan agar timbang pada waktu yang sama pada keesokkan atau minggu akan datang untuk dapatkan bacaan yang lebih tepat.

6) MENGURANGKAN KALORI DENGAN DRASTIK
Anda mahu menggayakan baju kebaya ke kenduri. Anda perlu kurangkan berat badan segera dengan mengelakkan makan. Tindakan tidak sihat ini boleh memberikan kesan yang tidak baik. Apabila anda mengurangkan jumlah kalori secara drastik, anda akan mudah kelaparan dan membuatkan anda makan lebih banyak daripada sepatutnya atau mungkin kerap mengunyah snek.

7) TIDAK MENGIRA JUMLAH MAKANAN
Makan lebihan bubur ayam, sebungkus kecil keropok ketika menonton TV, sesudu kek coklat ketika membaca buku, beberapa sudu mi goreng ketika memasak tadi dan sebagainya. Biasanya anda tidak akan terasa seperti makan yang sebenarnya kerana beranggapan bahawa mengambil makanan seperti itu tidak akan memberikan kesan apa-apa. Diet seimbang adalah diet yang di ambil dalam kuantiti yang betul dan pada masa yang betul.

8) MINUMAN TINGGI KALORI

Oleh sebab minuman ringan seperti minuman bergas tidak mengenyangkan, anda anggap ia tidak menaikkan berat badan. Anda minum tanpa rasa bersalah sedangkan anda sedar bahawa jus buah-buahan itu lebih menyihatkan.

9) MEMASAK MAKANAN KEGEMARAN KELUARGA
Suami dan anak-anak meminta dimasakkan makanan kegemaran mereka. Tentu makanan tersebut tinggi kalori dan berlemak. Mungkin makanan tersebut baik untuk anak-anak yang sedang membesar tetapi tidak bagi anda yang sedang berdiet. Jadi, anda tidak perlu mengelak 100% tapi cuba ambil dalam kuantiti yang kecil.

10) TERLALU BERHARAP BERAT BADAN TURUN SECEPAT KILAT

Jumlah penurunan yang ideal adalah sekitar 1/2 kg seminggu. Kebanyakan orang berharap lebih daripada itu sehingga mereka berasa gagal sekiranya tidak mencapainya.





Kepada mereka yang bercadang untuk tampil ramping serta anggun di Hari Lebaran nanti, saya tegaskan agar sentiasa buat pilihan bijak dengan berdiet dengan cara yang lebih sihat. Bagi melengkapi misi kurus anda, saya cadangkan anda cuba juga SET KURUS SHAKLEE agar dapat tampil menarik dengan bentuk badan yang diingin secara sihat TANPA menyeksakan diri anda.Sekian.Dina RaniSms/wassap 0122251902sitirodhina@gmail.comPM FB Dina Rani

Selamatkah Ibu Hamil Berpuasa???

Bagi ibu yang pertama kali mengandung di bulan Ramadhan, tentu tertanya-tanya, bagaimana boleh sentiasa cergas untuk ibu mengandung? Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri mengandung dan berpuasa sebulan penuh pada Ramadhan yang lepas.

Kebiasaannya, kita tidak boleh makan sekerap pada bukan bulan Ramadhan, tetapi bagaimanapun kita masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelitsakit kepalaketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil. Tahukah kita ibu mengandung memerlukan 2300 kalori untuk kekal cergas ketika berpuasa.


Bagaimana ibu mengandung boleh pastikan agar hidangan yang kita ambil memenuhi kalori tersebut???
Apakah ibu mengandung perlu makan jika ingin berpuasa????


Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan
tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
  • nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
  • dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
  • Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.

(Anda boleh rujuk piramid makanan untuk lebih lanjut)

Contoh Menu seharian Agar kekal cergas untuk ibu mengandung berpuasa (2300 Kalori)

Menu Makan Sahur
  • 1 piring nasi
  • 1 potong ayam, contoh Kari Ayam
  • 1 potong tauhu
  • 1 mangkuk sayur hijau
  • 1 piring buah segar
  • 1 gelas susu yang dicampur kurma
Menu Berbuka Puasa:
  • 1 gelas teh manis/ jus buah
  • 1 potong snack atau kuih muih
Menu Makan Setelah Solat Maghrib
  • 1 piring nasi
  • 1 potong daging/ikan, contoh Masak asam Ikan Tenggiri
  • 2 potong tempe
  • 1 mangkuk sayur
  • Buah segar
Menu Makan Malam
  • 1 piring nasi
  • 1 potong daging/telur
  • Semangkuk kacang-kacangan
  • 1 mangkuk sayur
  • 1 gelas susu

Ibu-ibu mengandung juga disarankan agar memastikan pengambilan vitamin untuk ibu mengandung secara konsisten walaupun di bulan puasa. Vitamin ibu ini penting bagi melengkapi nutrisi harian ibu dan bayi di dalam kandungan. Seperti saya memilih SET HAMIL SHAKLEE untuk membantu saya kekal cergas. sihat, tidak kurang darah atau HB rendah, sukar selsema dan demam.  Diharap perkongsian di atas boleh membantu ibu-ibu mengandung menghadapi puasa dalam bulan barokah ini dengan penuh nikmat. Sekiranya ibu-ibu berminat untuk mengetahui secara lanjut boleh hubungi saya terus DINA 012-2251902 sms/wassap.

Minum ESP sampai termuntah


Nak termuntah bila minum ESP??? Ada beberapa kawan yang telah mencuba ESP memberikan komen seperti ini tetapi tidak ramai.  Sebenarnya, tersangat rugi kepada sesiapa yang tidak berani mencuba ESP. Rasa minuman ESP ini sedap dan berperisa vanilla. ESP ini sebenarnya diperbuat daripada kacang soya non-gmo. Apa Non-gmo soya ni? Kalau kawan-kawan nak tahu non-gmo bermaksud kacang soya yang ditanam secara organik yang mana sangat mahal harganya berbanding genetic soy, yang lebih murah. Kebanyakkan pengeluar produk soya akan menggunakan genetic soy kerana harganya.


KENAPA MESTI NON-GMO SOY????
Non-GMO Soy yang semulajadi adalah rendah lemak dan bebas kolesterol dan
telah terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. Malah, membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah kerana kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) serta tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.


Itulah sebab saya suka sangat ajak kawan-kawan minum ESP kerana khasiat dan kelebihannya yang sangat BAGUS..

1. Beri badan rasa bertenaga dan kenyang lebih lama terutamanya minum ketika bersahur bersama kurma - sesuai untuk kebanyakkan orang

2. Jadikan kulit lebih halus gebu dengan pengambilan berterusan - feeling cantik gitu... boleh buat masker juga ye

3. Jadikan berat badan ideal, kurus dengan ramping serta membentuk badan anda - terutamanya yang ingin kurus dari berat sedia ada lebih-lebih lagi nak tampil menarik di hari raya nanti

4. Bantu atasi masalah m0rning sickness pada ibu hamil


5. Bantu ibu menyusu kekal bertenaga, susu semakin pekat dan banyak - boleh buat banyak-banyak stock EBM 
Saya pump di office - buat stock EBM

6. Bantu mudahkan pembuangan air besar serta mudahkan penyerapan vitamin lain yang diambil bersama ESP, penyerapan vitamin yang optimum membantu mengekalkan kesihatan yang utuh.


7. Sangat sesuai untuk pengidap kencing manis kerana mempunyai kandungan yang rendah acid glisemik - mengekalkan kandungan paras gula yang normal dalam darah



8. Banyak sangat nak tulis ni - jika berminat atau nak tahu lebig lanjut terus ke no.9
9. Dina Rani sms/wassap/pm 012-2251902



NOTA PENTING!!!! ESP adalah minuman yang dijamin tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.

Klik juga sini 
http://badansihatidamanhotsupermummy.blogspot.com/2014/02/esp-minuman-diet-sihat.html
http://badansihatidamanhotsupermummy.blogspot.com/2014/05/air-susu-ibu-kurang-dengan-set.html
http://badansihatidamanhotsupermummy.blogspot.com/2014/03/resepi-esp-strawberry-smoothies.html

Thursday 3 July 2014

7 cara mengekalkan susu ibu bekerja sentiasa banyak mencurah

Konsep penyusuan adalah berdasarkan penawaran dan permintaan.Bermakna lebih banyak anda menyusukan bayi anda ->  atau pam semasa anda jauh daripada bayi anda (berada di office) -> payudara akan menghasilkan susu lebih banyak. Di sini suka saya untuk berkongsi tujuh (7) tujuh tips untuk mengepam susu dengan jayanya sebagai ibu bekerja.

1. Relaks atau Bersantai
Tekanan boleh menghalang keupayaan semula jadi badan anda untuk melepaskan susu ibu. Cari tempat yang tenang untuk mengepam. Ini boleh membantu untuk mengurut payudara anda atau menggunakan memampatkan panas. Anda mungkin mahu untuk berfikir tentang bayi anda, melihat gambar bayi anda atau mendengar muzik yang menenangkan.






2. Kerap Pam
Semakin anda mengepam susu lebih banyak anda akan menghasilkan - terutamanya jika anda
menggunakan pam yang berkualiti tinggi. Jika anda bekerja sepenuh masa , cuba untuk mengepam selama 15 minit setiap beberapa jam sepanjang hari kerja. Jika boleh , pam kedua-dua payudara pada masa yang sama . Ia akan menjimatkan masa berharga dan juga boleh meningkatkan pengeluaran badan anda prolaktin, hormon yang bertanggungjawab bagi pengeluaran susu.

3. Susui bayi lebih kerap ketika bersama bayi
Lebih banyak anda menyusukan bayi anda apabila anda bersama-sama, lebih besar bekalan anda akan apabila anda mengepam. Saya nasihatkan agar tambahkan kekerapan menyusukan bayipada waktu malam, awal pagi dan semestinya pada hujung minggu. Pam selepas sesi penyusuan boleh membantu meningkatkan bekalan susu juga - walaupun mungkin waktu itu hanya beberepa titis susu yang keluar pada awalnya.

4. Mengelakkan atau mengehadkan penyusuan formula
Seboleh-bolehnya elak penggunaan susu Formula pada bayi anda atau jika sudah *terbagi, anda boleh cuba kurangkan kekerapan penyusuan susu Formula. Lakukan secara berperingkat supaya bayi anda mudah faham kehendakkannya. PEnyusuan susu Formula sebenarnya akan mengurangkan permintaan bayi anda untuk susu ibu, yang akan mengurangkan penghasilan susu. Untuk mengekalkan bekalan susu anda , adalah penting untuk mengepam bila-bila masa bayi anda mempunyai makan formula. Harus diingatkan , lebih banyak anda menyusukan bayi anda atau pam semasa anda di tempat kerja, susu lebih banyak akan dihasilkan. Ia juga membantu untuk mengepam susu tambahan - sama ada selepas atau antara sesi penyusuan - dan bekukan untuk kegunaan masa depan.

5. Minum banyak air
Air, jus dan susu boleh membantu anda kekal terhidrat , yang menggalakkan pengeluaran susu. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan agar menghadkan soda , kopi dan minuman berkafein yang lain. Terlalu banyak kafein boleh menyebabkan kerengsaan atau mengganggu tidur bayi anda. Jika anda memilih untuk mempunyai minuman beralkohol sekali-sekala (ini bagi yang bukan islam la ye) elakkan menyusu bayi selama dua jam selepas itu.

6. Jangan merokok
Tabiat merokok dikalangan ibu-ibu boleh mengurangkan bekalan susu anda - dan nikotin dalam susu badan anda boleh mengubah rasa susu dan mengganggu tidur bayi anda. Jika anda merokok , tanya doktor anda untuk pilihan bagi membantu anda berhenti . Dalam pada itu , elakkan merokok sebelum atau sewaktu menyusukannya. (Baik jangan merokok terus ye, lagi banyak akibat buruk mengambil rokok.)



7. Makan makanan seimbang
Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Lebihkan pengambilan sumber protein serta kalsium juga. Ibu yang menyusukan bayi memrlukan lebih kurang 2700 kalori sehari. Pengambilan makanan seimbang dalam kuantiti yang sedikit dan lebih kerap amat digalakkan. Amalkan pengambilan supplemen juga bagi melengkapi nutrisi harian anda terutamanya ibu bekerja.

Saya sangat-sangat menyokong ibu hari ini menyusukan bayi masing-masing. Dan saya harap dengan perkongsian sedikit tips ini mampu membantu ibu untuk meneruskan penyusuan bayi masing-masing. Saya juga menggalakkan ibu bekerja yang menyusukan bayi mengambil supplemen  seperti SET PENYUSUAN SHAKLEE untuk membantu mengekalkan serta menambahkan dan memekatkan susu ibu. Jika anda mempunyai masalah mengekalkan bekalan susu anda atau anda bimbang bahawa anda tidak menghasilkan susu yang cukup , sila hubungi saya untuk mendapatkan lebih informasi dan tips penyusuan.

Dina 012-2251902 (sms/wassap)

Monday 30 June 2014

Masalah puting tenggelam atau Inverted nipple punca tak dapat susukan bayi: 5 tips atasinya dengan saya

Sedih sungguh saya melihatkan bayi sekarang terpaksa di beri susu Formula seawal lahir lagi. Memang ada beberapa faktor contohnya ibu tiada puting atau puting tenggelam menyebabkan ibu "give up" untuk menyusukan baby mereka. Sebenarnya, semua ibu berpeluang untuk menyusukan baby mereka walaupun mempunyai puting tenggelam. Di sini saya lampirkan tips untuk mengatasi puting tenggelam oleh ibu-ibu agar dapat menyusukan baby dengan sempurna.

Untuk pengetahuan kita semua, puting tenggelam (Inverted nipple) adalah masalah biasa yang dihadapi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Ramai ibu merasa bimbang apabila puting payudara mereka tenggelam. Sebenarnya ibu tidak perlu risau kerana bayi mendapat susu daripada payudara dan bukannya dari puting. Ibu memastikan bayi menghisap sebahagian besar tampok gelap payudara. Bayi akan menghisap puting dengan kuat semasa menyusu dan ini akan membantu memulihkan puting. Sebelum itu kenali jenis puting anda terlebih dahulu. 


Beberapa cara boleh digunakan untuk merangsang puting keluar:

(1) Nipplet - Pam khas ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti

urutan untuk melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi. (boleh beli picagari dari mana-mana farmasi, potong bahagian depan sebagai alternatif pam juga).


(2) Urutan - Selain itu, mereka boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain lembap atau
disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan wanita tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet. Kaedah ini juga boleh dilakukan dalam peringkat mengandung bagi memastikan masalah ini dapat diselesaikan sebaik melahirkan bayi. 


(3) Pam Susu / pam payudara - Wanita juga boleh menggunakan pam payu dara untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan saja dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah memudahkan bayi menyusu. Saya gunakan pam jenis #medela kerana selesa dengan kadar penyelarasannya. Susu juga dapat dikumpul dengan banyak dalam waktu yang singkat.

(4) Nipple shield - Teknik ini adalah langkah terakhir yang boleh lakukan jika cara-cara lain tidak menjadi. Caranya ialah anda menjadikan nipple shield sebagai pengganti puting anda yang tenggelam itu. Untuk mengelakkan bayi “gian”untuk menyusu menggunakan nipple shield, anda perlu mengalihkannya sebaik sahaja bayi melekap pada payudara anda. Selain itu, boleh juga Nipple shield ini untuk menghalang di gigit baby apabila baby sudah mula tumbuh gigi. Boleh beli dengan pelbagai jenis jenama.


(5) Teknik Hoffman - Letakkan ibu jari di atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payu dara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda. Dengan itu, anda melakukanregangan ke atas puting dan melonggarkannya. Jadi, puting mudah bergerak ke dalam dan ke luar. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya lima kali sehari. Ini macam mengentel-gentel puting anda. Biasanya misi-misi akan suruh anda buat jika didapati puting anda tenggelam sejak minggu ke 30 mengandung lagi.

Saya harap dengan adanya perkongsian ini dapat memberikan manfaat pada ibu-ibu yang senasib dengan saya. Saya juga sarankan ibu-ibu mengambil SET PENYUSUAN untuk menjana tenaga serta susu lebih banyak terutamanya bagi ibu yang bekerja.

Dina 
012-2251902

Friday 20 June 2014

El-nino: Selamatkah air minuman kita???

Gejala El-nino kembali lagi.... Fenomena El Nino merujuk kepada pemanasan yang berpanjangan suhu permukaan di Lautan Pasifik timur selama enam bulan setiap dua hingga tujuh tahun. dijangkan El-nino berlaku pada akhir tahun 2014 atau pada awal tahun 2015. Untuk makluman semua, "keadaan cuaca panas sekarang ini berlaku kerana monsun barat daya yang mana membawa haba, kurang hujan serta pembentukkan awan kurang".- BERNAMA

Keadaan yang paling dibimbangi rata-rata rakyat Malaysia adalah bekalan air yang mencukupi ketika menghadapi musim panas ini. Pada suku tahun ke-dua baru-baru ini rakyat selangor gempar apabila kebanyakan tempat di sekitar lembah klang terpaksa melalui saat -saat getir "CATUAN AIR". Kini sudah lebih sebulan rakyat kembali dengan kehidupan bebas "CATUAN AIR" tetapi digembar-gemburkan dengan cerita El-nino pula. (Mari doa banyak-banyak agar El Nino tidak memberi kesan buruk kepada bekalan air kita.... Amin!!!)

Pihak yang terlibat bertungkus lumus memastikan simpanan di empangan mencukupi serta bekalan tersebut selamat untuk minuman semua rakyat. Pantauan terhadap bekalan serta kualiti air dilakukan dari semasa ke semasa oleh "pakar-pakar Air" kita.Ni adalah sebahagian prosedur rutin saya memeriksa tahap kesihatan air setiap hari..... (saje je letak sini)

Setiap titis air yang disalurkan telah dijamin tahap kualitinya berdasarkan Standard Air Minum Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun begitu, bekalan yang mungkin sampai ke rumah kita kadang-kadang kelihatan keruh, berkeladak dan berbau Klorin. Beberapa faktor dari segi keadaan paip serta tangki simpanan adalah penyebab utama. Jadi walaupun anda menerima bekalan terus dari sumbernya,
saya galakkan supaya menapis air untuk kegunaan minuman di rumah kita.
Seperti saya menggunakan "GET CLEAN WATER PITCHER" untuk menapis air kali dua di rumah sebagai langkah berjaga-jaga. Lebihan sisa logam serta bahan kimia mungkin masih ada dan boleh mengakibatkan kanser untuk jangkamasa panjang. (haaa... of course la kita tak boleh lihat dengan mata kasar setiap titis air yg keluar dari pili kita ada mengandungi bahan-bahan tersebut selain warna air atau tahap kekeruhan air).


Ujian tahap kekeruhan seperti di bawah ye.
 Jika nak rasa sendiri air yang s]ditapis dengan "GET CLEAN WATER PITCHER" jemput datang umah saya atau dapatkan sendiri satu untuk kegunaan seisi keluarga.

Air minuman yang bersih adalah air yang kelihatan jernih, rasa "manis" serta segar. Kita pasti boleh bezakan air yang kita minum berbeza. Kepentingan air minuman yang bersih adalah kerana bantu kesegahan sel-sel badan kita, membantu pengaliran darah, memudahkan penyerapan nutrient (khasiat) yang dimakan ke dalam badan kita serta banyak lagi.

Hargai air!!!! Mari jimatkan penggunaan air juga.

Sekiranya anda berminat untuk pesana penapis air "Get Clean Water Pitcher" ini, sila hubungi saya.

Dina
Water Treatment Engineer
sms/wassap 012-2251902
sitirodhina@gmail.com
FB: Dina Rani

ORDER HERE!!!

Name
Contact No.
Email Address
Address (for courier purposed)
Item to Order & Quantity
Payment Made to: Account Name: Siti Rodhina Rani Maybank 151128107296
CIMB 13020116799520
CASH (C.O.D)
Others
Account Transaction No. (If using maybank2U, cimb clicks or others)
Remark

This online form was provided by Freedback.