Welcome

Currently got fall in luv with SHAKLEE products which is totally suits me. Of course when thinking about taking supplements i believe everyone will do some resarch to choose which is the BEST. For me the important things is the supplements must 100% NATURAL content, SAFE and HALAL (compulsory). And more "MESTI LA NAK KEKAL CANTIK & SIHAT"....kihkih and shaklee did very well on me.. every pills and drinks taken had work efficiently until to what is out of my first target.. What can i say is "ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI". it's worthwhile.. Everyday they rejoice me with extra ENERGY & HEALTHY for my hectic work all day long and being engineer mummy. For those who are interested or look for supplements to maintain health&beauty...do ring me or text me 0122251902 or mail me at sitirodhina@gmail.com or pm me on FB (address same as mail)... LET'S SHINE OUR HEALTH & BEAUTY WITH ME...

Wednesday 5 November 2014

PENGEDAR SHAKLEE TERUNGGUL SALAK TINGGI

Berita baik bagi semua warga salak tinggi yang ingin mendapatkan sebarang produk shaklee. Anda semua tidak perlu bersusah payah tunggu pos laju atau posmen kerana saya sedia menghantar setiap pesanan anda berserta khidmat konsultansi secara empat mata. Jangan bimbang kerana penghantaran dan after sales service adalah PERCUMA untuk anda. Anda boleh berkunjung di rumah saya juga jika mahu. Apa yang perlu anda buat, anda hanya perlu hubungi saya seperti di bawah untuk tetapkan tarikh serta masa untuk berjumpa saya.

PENGEDAR SHAKLEE TERUNGGUL SALAK TINGGI
Dina Rani
sms/wassap/weechat: 012-2251902
email: sitirodhina@gmail.com
pm FB: Dina Rani (search by email seperti di atas)



JERAWAT HALUS SEGAN NAK NAIK DAH DENGAN SET CANTIK SHAKLEE

Ada banyak jenis jerawat yang mungkin tumbuh pada wajah dan badan kita. Salah satunya jerawat yang tumbuh kecil-kecil dan banyak, selalunya tumbuh di sekitar dahi dan pipi kita. Memang susah nak hilang jerawat jenis ini tetapi kini anda tak perlu risau lagi sebab saya boleh bantu anda selesaikan masalah jerawat ini.

Kini anda boleh nyahkan jerawat - jerawat halus ini dengan mengamalkan Vitamin E dan Sustained Released Vitamin C Shaklee. Selain anda perlu konsisten makan setiap hari, anda digalakkan supaya mengambil air kosong tidak kurang dari 2 Liter sehari. Tujuannya adalah untuk memastikan kesemua vitamin yang dimakan larut dalam darah pada tahap maximum dan anda akan rasa kesan yang lebih cepat dan berkesan.

Jom tengok sini Testimoni seorang adik yang gigih konsisten cuba SET CANTIK SHAKLEE EKONOMI bagi menyelesaikan masalah jerawat halus ini. Dua bulan tau nak nyah semua jerawat ni, Tapi berbaloi sangat menunggu, ekonomi, selamat serta sihat. Kulit pun makin cerah dan tak kusam lagi.


Jika anda juga berminat nak cuba set EKONOMI CANTIK ini, boleh hubungi saya DINA 012-2251902. Dijamin servis terbaik sepanjang hayat dari saya.

3 FAKTA KURUS DENGAN OMEGA GUARD

Bukan mudah bagi seseorang yang berbadan gempal berubah kurus dengan sekelip mata. Apatah lagi sudah terbiasa dengan rutin yang kurang bersenam, suka junk food, suka minuman manis, skip sarapan pagi, kudap-kudap kerepek sambil menonton tv atau buat kerja dan sebagainya.

Apa yang saya nak share di sini ialah bagaimana seseorang yang ingin kurus boleh mengamalkan omega guard shaklee untuk loss weight or loss inch. Secara umumnya ramai yang ingat hanya kanak-kanak yang ingin membesar sihat serta bijak sahaja perlu makan Omega Guard ni.



Untuk pengetahuan semua, OMEGA GUARD SHAKLEE bermanfaat dalam membantu membakar dan mencairkan lebihan lemak dan kolesterol yang tidak diperlukan oleh badan kita lebih cepat berbanding Lechitin. Jangan bimbang ye kawan-kawan, Omega Guard hanya bakar lemak dari jenis LDLs (kolesterol jahat) sahaja tetapi menyeimbangkan HDLs (kolesterol baik) dalam badan kita. LDLs ini biasanya melekat pada dinding salur darah jantung. jadi, selain badan semakin kurus, kawan-kawan yang mengamalkan OMEGA GUARD juga lebih kurang risiko diserang sakit jantung.


Selain sangat efektif dalam mencairkan lebihan lemak serta kolesterol, kawan-kawan yang berdiet juga kan merasa kenyang lebih lama berbanding sebelum mengamalkan OMEGA GUARD. Bonus pada mereka yang gemuk akibat suka makan junk food atau kudap-kudap. Menarik bukan!!! Jom tengok sini bagaimana proses OMEGA GUARD bantu anda kenyang lebih lama.


OMEGA sangat sesuai digandingkan dengan ALFAFA atau Herbalax dalam SET KURUS SHAKLEE untuk dapatkan kesan kurus yang lebih optimum. Sekiranya anda berminat untuk cuba OMEGA GUARD SHAKLEE atau sekali dengan SET KURUS SHAKLEE ini, sila hubungi saya seperti berikut: Saya akan pastikan konsultasi berterusan sehingga anda berpuas hati.

Dina Rani
sms/weechat/wassap: 012-2251902
email: sitirodhina@gmail.com
PM Fb: Dina Rani
atau isikan borang pesanan seperti di bawah.

Monday 3 November 2014

Minyak ikan bantu atasi batuk dan demam anak saya

Minyak ikan sangat terkenal kerana mengandungi DHA yang bagus untuk perkembangan IQ dan mata. Lebih-lebih lagi minyak ikan ini diberikan kepada anak-anak sejak kecil atau di dalam kandungan lagi.

TAHUKAH KITA bahawaminyak ikan yang kualiti tinggi serta dari sumber ikan laut dalam mampu mencairkan kahak-kahak serta lendir pada anak-anak. Umumnya, kanak-kanak lebih mudah terkena jangkitan kuman batuk daripada kawan-kawan di sekolah, ditaska atau semasa bermain.



Omega Guard Shaklee merupakan salah satu produk berkualiti yang tinggi kandungan DHAnya. Dari pengalaman saya, apabila anak diserang batuk atau mula demam, saya akansegera berikan sebiji kapsul Omega Guard. Sangat mudah kerana saya hanya pecahkan omega guard tersebut di dalam susu anak. Biasanya esoknya batuk dan demam anak saya sudah kebah.



Anda juga berminat untuk berikan kepada anak anda boleh order dengan saya. hubungi saya di
Dina Rani
Wassap 012-2251902
email: sitirodhina@gmail.com
PM FB: https://www.facebook.com/dina.rani.5

Monday 27 October 2014

Sakitnya..... kakiku kejang lagi

Kejang kaki ini adalah normal bagi kebanyakkan ibu hamil terutamanya ketika usia kehamilan pada trimester kedua dan ketiga. Kekejangan kaki ini disebabkan oleh pengumpulan asid dalam serat otot yang mengakibatkan otot menjadi tegang. Kekejangan kaki biasanya berlaku dibahagian otot betis dan lebih kerap di waktu malam (ini boleh mengganggu waktu tidur juga). 





Tahukah kita salah satu punca utama kejang kaki adalah kerana kekurangan kalsium dan magnesium dalam diet harian ibu hamil.  



Semasa hamil, ibu hamil digalakkan mengambil sekurang-kurangnya 1000ml susu atau 1000mg kalsium setiap hari bagi menampung keperluan tumbesaran janin serta ibu sendiri. Maka, sekiranya ibu tidak menjaga pemakanannya, janin akan mengambil apa saja yang diperlukan daripada simpanan ibu. Akibatnya, tulang ibu menjadi lemah serta otot juga kerap menegang. Contoh makanan yang mengandungi kalsium seperti ini: 



Di sini, saya menyarankan ibu hamil mencuba OSTEMATRIX bagi membantu mencukupkan
pengambilan kalsium oleh ibu hamil setiap hati.  Kelebihan Ostematrix Shaklee:

1) Membantu pembentukkan tulangdan gigi yang sihat pada janin
2) Membantu menguatkan tulang dan gigi pada ibu hamil
3) Menghilangkan kekejangan kaki, kebas-kebas,sakit tulang belakang dan tulang pinggul
4) Mengurangkan stress dan sakit kepala pada ibu hamil
5) Mengatasi masalah sembelit pada ibu hamil dan berpantang
6) Mengekalkan tenaga pada ibu hamil

Selain itu, sekiranya anda ingin mencuba minuman pembekal protein dan multivitamin daripada produk shaklee juga mengandungi kandungan kalsium yang tinggi seperti ESP dan MEALSHAKES.


Buatlah pilihan bijak, sentiasa jaga pengambilan makanan yang sesuai untuk semasa hamil dan menyusu. Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai set hamil, berpantang atau menyusu, sila hubungi saya:

Dina Rani
Wassap/ Weechat: 012-2251902
Email: sitirodhina@gmail.com
Pm di FB: Dina Rani https://www.facebook.com/messages/dina.rani.5



Friday 24 October 2014

Salahkah saya suka minuman berkafein???

Ramai kawan-kawan saya suka minum kopi kerana rasanya yang ummmph dan bantu nyah rasa mengantuk ketika bekerja. Suami saya pun sangat suka minuman berkafein terutamanya Nescaffe, Kopi dan teh. Adalah tidak menjadi kesalahan jika seseorang itu menggemari minuman berkafein, tetapi haruslah diambil secara berpada-pada dan tidak berlebihan.
Tetapi tahukah kita bahawa pengambilan kafein yang berlebihan tidak bagus untuk kesihatan kita??? 

Kita disaranakan agar tidak meminum lebih daripada 300mg sehari kerana pegambilan kafein secara berlebihan boleh mengakibatkan kesan negatif untuk jangka masa pendek dan panjang. Mungkin ramai penggemar kafein tidak mengetahui bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung menjadi tidak menentu, rasa gelisah tidak menentu, kerap buang air kecil serta masalah pada sistem pencernaan. Selain itu, bagi mereka yang mempunyai ulser atau gastrik, pengambilan minuman berkafein tidak digalakkan kerana kafein merangsang penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Jadi, tidak hairan lah jika perut tiba-tiba tidak selesa atau sakit selepas minum kopi tu ye.
Pengambilan minuman berkafein biarlah ada hadnya dan jangan biarkan sehingga
menyebabkan ketagihan. Mungkin bermula hari ini anda boleh kurangkan pengambilan minuman berkafein tetapi ganti dengan meminum air kosong atau jus buah-buahan yang lebih berkhasiat.
Untuk peringatan bersama, bagi yang gemar minum kopi sewaktu pagi, jarakkan pengambilan dengan Supplemen anda. Ini kerana kafein melambatkan proses penyerapan vitamin dalam tubuh anda. Seelok-eloknya supplemen diambil dengan air kosong atau jus buah-buahan.
Sekian....













Nyah Mata Panda dengan Masker Vitamin E

"Mata Panda" atau lingkaran gelap bawah mata menggusarkan ANDA???


Jangan gusar2 ye... Kini ada cara yang mudah, selamat dan menyakin bagi mengatasi masalah "Mata Panda" ini. Pernahkah kita dengar mengenai Vitamin E shaklee yang sangat femes untuk kulit cantik tu??? Jika nak tahu, 

Vitamin E shaklee dilengkapi dengan grape seed extract yang sangat penting untuk pengaliran darah yang lancar dan kesihatan saluran darah yang baik. Aliran darah yang lancar boleh membantu mengurangkan masalah lingkaran gelap di bawah mata.



Saya sendiri pun sudah mencubanya... memang sangat memuaskan hati.... Baru 3 kali cuba bermasker dengan vitamin E ni, sudah dapat lihat "Mata panda" atau lingkaran bawah mata semakin pudar dan cerah.Saya tidak dapat makan terus kerana saya sedang hamil tetapi masih nak kelihatan cantik sentiasa... tak salahkan....

Ok, bagi yang ingin mencuba bolehlah hubungi saya:
Dina Rani (wassap/weechat: 012-2251902)
Or PM kat FB Dina Rani.

Wednesday 15 October 2014

Perut Kempis Dalam Masa 2 Minggu

Tentu ramai yang tertanya-tanyakan apa yang membuatkan akak kite ni boleh kempiskan perut dalam masa dua minggu je. Untuk pengetahuan semua, akak ni telah cuba Cinch Shake shaklee kira-kira dua minggu lalu. Dengan mengikut cara pengambilan seperti yang disarankan, beliau terus konsisten setiap hari sehingga la hari ini beliau mengkhabarkan berita gembira ini. Walaupun sudah mengamalkan cinch shake, beliau juga mengamalkan senaman bagi mempercepatkan kehilangan lemak dan kolesterol berlebihan. 


Jika kawan-kawan mempunyai pertanyaan mengenai Cinch Shake sila hubungi saya seperti dibawah:

Dina Rani
FB: PM https://www.facebook.com/dina.rani.5
Wassap/Weechat / sms: 012-2251902
Email: sitirodhina@gmail.com

Thursday 2 October 2014

Susu soya versus Susu Lembu Kotak

Ramai dikalangan kawan-kawan saya sendiri tidak gemar minum susu walaupun ketika hamil. Jadi setelah faham akan kepentingan susu atau kalsium pada bayi yang dikandungkan, ramai di antara mereka hanya minum susu kotak setiap hari bagi memenuhi keperluan kalsium. Mereka langsung mengatakan tidak boleh minum susu untuk mengandung sedia ada dipasaran atau pun yang saya cadangkan iaitu susu soya ESP - Enerzising Soy Protein Shaklee. Walaubagaimanapun sejak saya mula perkenalkan kepada kawan-kawan saya, ramai juga telah bertukar dengan mengambil ESP untuk menggantikan susu kotak mereka.

Di sini, suka saya untuk berkongsi kebaikkan "ESP" kegemaran saya berbanding "SUSU SOYA" dan "SUSU KOTAK LEMBU" dengan anda.



Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee
Susu Soya
Susu Kotak
1.
Daripada tumbuhan
Daripada tumbuhan
Daripada haiwan

2.
Mengandungi unsur serat
Mengandungi unsur serat
Tidak mempunyai serat langsung

3.
Rendah kandungan lemak serta bebas kolesterol secara semulajadi
Rendah kandungan lemak dan tiada lemak tepu
Mempunyai 9kali ganda kandungan lemak serta lemak tepu bagi saiz hidangan yang sama dengan Susu Soya

4.
Bebas laktosa secara semulajadi, bantu atasi masalah sembelit ibu hamil
Tidak mengandungi lactose, maka sesuai untuk mereka yang mengalami lactose ntolerant 
Mengandungi lactose ( Kekurangan enzim lactase untuk mencerna lactose dalam ususakan memudaratkan kesihatan. Simtom paling ketara ialah cirit birit yang melampau selepas minum susu)

5.
Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
Mengandungi magnesium, copper, dan manganese, yang mana kesemuanya membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam tulang

tidak mengandungi elemen-elemen surih ini
6.
Mengandungi zat besi yang tinggi yang mana membekalkan memberikan tenaga segera

Mengandungi zat besi kira-kira 25x lebih banyak dalam saiz hidangan yang sama
Kandungan Zat Besi kurang berbanding Susu Soya
7.
Genistein (agen anti-oksida) yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser prostat daripada merebak. 

Kajian menunjukkan pengambilan 2 gelas Susu Soya sehari setiap hari mampu mengurangkan risiko mendapat kanser prostat sebanyak 70% kepada si pengamalnya.
Tiada unsur antioksida yang dapat mengawal kanser prostat
8.
Mengandungi Lechitin dan Vitamin E. Lecithin dalam ESP dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel, melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam, mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

mengandungi lecithin dan Vitamin E. (Info: Lecithin merupakan sejenis phospholipid penting yang diperlukan oleh sel-sel dalam badan).
Tiada mengandungi Lechitin dan Vitamin E
9.
Mengandungi asid glisemik yang rendah  bantu elak Kencing manis pada
ibu hamil
Kandungan asid glisemik yang lebih tinggi daripada non-GMO soya tetapi lebih rendah daripada Susu Lembu.

Kandungan Asid glimsemik yang tinggi yang mana memudaratkan kesihatan pesakit diebetis.
10.
Mengandungi pH yang rendah, untuk mereka yang gastrik.



11.
Tidak mengandungi protein complex seperti Alpha-casein & Beta-casein Protein yang menjadi penyebab utama alahan ketika hamil.

Rendah kandungan protein complex
Mengandungi Protein Complex















































































Dengan adanya carta perbandingan ini, diharap anda dapat memanfaatkan perkongsian ini sebaiknya. Justeru, saya cadangkan ibu-ibu hamil minum susu soya ESP sebagai salah satu sumber alternatif yang terbaik selain susu kotak bagi memenuhi nutrisi seharian.

Minuman yang sihat, bertenaga dan selamat untuk ibu dan baby. Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi saya:

Dina Rani
Wassap/ Weechat / SMS: 012-2251902
PM  Fb : Dina Rani
Email: sitirodhina@gmail.com

Thursday 17 July 2014

Tips Mudah Elak Anak kene Juandice atau demam kuning

Jaundice atau demam kuning sering terjadi pada bayi yang baru lahir khususnya dalam tempoh berpantang. Ramai bayi demam kuning terdiri daripada bayi lelaki. Fateh juga pernah menjadi salah seorang bayi yang terkena jaundice seawal hari ke-3 lahir lagi. Boleh dikatakan setiap hari kami berulang alik dari presint 15 ke klinik kesihatan presint 9 untuk periksa bacaan darah. Sebagai ibu yang berpengalaman pertama menimang cahaya mata, ibu mana tak sedih pilu melihat bayi disuntik pada tangan atau tapak kaki setiap kali datang membuat pemeriksaan bacaan tahap kuning.

Tapi tahukah kita jaundice ini sebenarnye boleh dielakkan sejak kehamilan lagi..... Jom baca tips dari saya seperti berikut.

1. Minum air glukos original apabila kehamilan cecah 9 bulan

2. Amalkan minum susu kambing ketika hamil - ini saya juga tengah amalkan, dulu hanya tau ketika
check up tahap kuning Fateh di hospital. TQ! uncle india yang prihatin bagitau tips ni.
Saya minum susu kambing jenama ni semasa dalam proses nak turunkan jaundice Fateh dulu, susu segar fresh dari ladang pun ada amik juga... rasa ok dan sedap!
3. Elakkan makan jeruk ketika hamil - ramai ibu hamil makan jeruk untuk elakkan rasa loya di awal
kehamilan tetapi alhamdulillah saya masih dapat kontrol dengan jeruk-jeruk ni.

4. Elakkan makan "Junk Food".

5. Jangan Makan Kacang Parang - yang ni dina jarang jumpe di hari biasa tapi musim raya nanti mesti banyak kan...


6. Makan lebih banyak makanan yang kaya dengan Vitamin D seperti minyak ikan, ikan air masin macam ikan salmon dan ikan tuna, hasil tenusu seperti keju, susu, yogurt, ubi kentang dan telur. Tapi jika bimbang tak pasti berapa banyak kuantiti yang perlu diambil serta susah nak konsisten kerana sukar nak mendapatkan bekalan. Ibu-ibu hamil boleh ambil terus supplemen OSTEMATRIX sebab kaya dengan kalsium dan vitamin D. Sangat bagus untuk ibu-ibu hamil kerana pelbagai manfaat lain seperti mudahkan pembuangan air besar, elak kekejangan serta atasi sakit belakang semasa hamil.

7. Elakkan pengambilan ais serta minuman berkarbonat - walaupun banyak dihidangkan tuan rumah sepanjang raya tak lama lagi, cuba minta air kosong dari tuan rumah secara beradab.

8. Amalkan minum jus pegaga, epal, buah delima dan anggur. Nak makan terus pun OK.

9. Elakkan makanan yang mengandungi MSG seperti mee segera.

10. Kurangkan pengambilan buah-buahan yang mengandungi Vitamin A atau berkaroten tinggi seperti betik dan lobak merah. 

Namun begitu, beberapa faktor seperti ibu yang berdarah O+ serta melahirkan anak lelaki, persekitaran, pengambilan ubat semasa hamil adalah memungkin baby mengalami Juandice ketika lahir juga.

Saya harap dengan sedikit tips ini akan dapat membantu ibu-ibu hamil mengelakkan jaundice pada kelahiran baby nanti. Sesungguhnya kita berikhtiar dengan sebaik mungkin, selebihnya biar Allah sahaja yang menentukannya. Pengambilan supplemen ibu hamil  seperti SET HAMIL SHAKLEE yang terdiri  daripada OSTEMATRIX, B COMPLEX, Vitamin C serta VITALEA secara konsisten amatlah disarankan pada ibu-ibu hamil. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai supplemen ibu hamil serta berpantang, ibu-ibu atau bakal ibu boleh hubungi saya Dina, 012-2251902 (sms/wassap).

Wednesday 9 July 2014

Bahaya Sakit Gigi pada Ibu hamil

Ramai ibu hamil tidak tahu bahaya mengalami sakit gigi ketika hamil. Ini sebenarnya petanda awal kepada ibu telah kekurangan kalsium atau kurang pengambilan kalsium dalam diet seharian ketika hamil. Penting untuk ibu hamil dan menyusu tahu bahawa keperluan kalsium bagi mereka adalah bersamaan satu liter susu setiap hari. 


KENAPA KALSIUM PENTING??????

Bagi ibu hamil, kalsium sangat penting untuk janin membina tulang serta membentuk struktur yang baik. Manakala bagi ibu menyusu pula, kalsium adalah komponen utama susu ibu selepas protein. Kehadiran kalsium mengelakkan sembelit dan stress pada ibu. Ramai dari rakan rakan dan saudara mara kita sakit sendi dan hilang gigi selepas anak dilahirkan. Antara puncanya adalah kekurangan kalsium. Badan terpaksa "MENCURI" kalsium daripada tulang dan gigi ibu untuk dibekalkan ke dalam susu ibu yang akan dimanfaatkan oleh janin dan bayi. 

Antara sumber-sumber kalsium yang boleh diperolehi dalam diet kita. Perlu kita tahu bahawa pengambilan Vitamin D membantu mengoptimunkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka serta memperbaiki penyakit peridontal. 
                                 

Jadi, pastikan setiap kalsium yang di ambil dilengkapi dengan Vitamin D atau lebih senang pilihlah supplemen kalsium yang disediakan sekali dengan VItamin D seperti OSTEMATRIX SHAKLEE.

Antara ibu menyusu yang mengambil langkah bijak untuk mencegah risiko seperti di atas serta OSTEOPOROSIS dari sekarang. Saya juga ingin sentiasa tampil menarik dengan senyuman menawan gigi penuh hingga usia emas.
Jika anda ingin jadi seperti saya, boleh membuat pesanan dari saya DINA wassap atau SMS 012-2251902.

Monday 7 July 2014

10 kesilapan besar Berdiet yang menyebabkan Anda tak kurus-kurus

Hampir semua orang suka berdiet untuk jadi kurus dan ramping, terutamanya golongan muda. Tapi, ramai juga tidak menyedari cara mereka berdiet itu salah. Di sini, saya senaraikan 10 kesalahan besar berdiet yang menyebabkan anda gagal kurus.




1) SELALU ABAIKAN BERSARAPAN
Ramai yang fikir dengan tidak makan sarapan adalah salah satu cara berdiet yang senang diamalkan. Tetapi anda sebenarnya salah sama sekali. Sarapan pagi akan memberikan anda tenaga untuk digunakan bagi tempoh bekerja dari awal pagi hingga ke petang. Selain itu, dengan tidak bersarapan akan menglakkan anda makan tengah hari dengan jumlah yang banyak. Tahukah kita bahawa kalori akan menghasilkan tenaga yang akan digunakan hampir 100% daripada sarapan pagi anda. Maka, dengan ini kuranglah penghasilan lemak dalam badan kita.

2) TERLALU MENURUT KATA HATI
Terlalu percaya dengan perkataan pada iklan seperti "Susu Rendah lemak" atau "Krim rendah lemak". Contohnya, anda suka menambah aiskrim rendah lemak yang terhidang di depan mata apabila menikmati sepotong kek. Inilah yang dikatakan terlalu menurut kata hati. Ramai yang berangggapan bahawa makanan yang rendah lemak boleh dimakan berlebihan. Makanan yang rendah lemak tidak semestinya rendah kalori.


3) MAKAN ATAS DASAR BERSOSIAL
Contohnya seperti anda pergi ke restoran makanan segera untuk meraikan teman-teman. Untuk tidak ketinggalan, anda turut memesan hidangan yang sama atau lebih daripada itu. Akibatnya, diet anda akan merana. Ada kalanya, anda perlu bersikap tegas dan mendisiplin diri. Bukan tidak boleh meraikan tema-teman tetapi ambil makanan dalam kuantiti yang kecil dan pastikan yang kurang berlemak.

4) MENYANGKAL MAKANAN KEGEMARAN

Contohnya dahulu cheese kek menjadi kegemaran anda tetapi disebabkan ingin diet, anda menjadikan ia 'musuh'. Tanpa anda sedari, anda sering terfikir kelazatannya. Andai kata, makanan tersebut dihidangkan di hadapan anda, tidak mustahil anda akan menikmatinya tanpa rasa bersalah. Ini selalu terjadi pada kebanyakkan orang, saya tidak menuding kepada sesiapa tetapi lebih kepada pengalaman dan pemerhatian sendiri.

5) SENTIASA TIMBANG BERAT
Pukul 7 pagi anda timbang, tiada perubahan sejak semalam. Pukul 12 tengahari anda timbang lagi,tiada juga perubahan. Pukul 3 petang anda baru sahaja makan sepotong kuih dan terus menimbang. Berat naik 1 kg! kerana kesal, anda tidak peduli lagi dengan menu diet yang telah disusun dan mulai membalas dendam. Anda dinasihatkan agar timbang pada waktu yang sama pada keesokkan atau minggu akan datang untuk dapatkan bacaan yang lebih tepat.

6) MENGURANGKAN KALORI DENGAN DRASTIK
Anda mahu menggayakan baju kebaya ke kenduri. Anda perlu kurangkan berat badan segera dengan mengelakkan makan. Tindakan tidak sihat ini boleh memberikan kesan yang tidak baik. Apabila anda mengurangkan jumlah kalori secara drastik, anda akan mudah kelaparan dan membuatkan anda makan lebih banyak daripada sepatutnya atau mungkin kerap mengunyah snek.

7) TIDAK MENGIRA JUMLAH MAKANAN
Makan lebihan bubur ayam, sebungkus kecil keropok ketika menonton TV, sesudu kek coklat ketika membaca buku, beberapa sudu mi goreng ketika memasak tadi dan sebagainya. Biasanya anda tidak akan terasa seperti makan yang sebenarnya kerana beranggapan bahawa mengambil makanan seperti itu tidak akan memberikan kesan apa-apa. Diet seimbang adalah diet yang di ambil dalam kuantiti yang betul dan pada masa yang betul.

8) MINUMAN TINGGI KALORI

Oleh sebab minuman ringan seperti minuman bergas tidak mengenyangkan, anda anggap ia tidak menaikkan berat badan. Anda minum tanpa rasa bersalah sedangkan anda sedar bahawa jus buah-buahan itu lebih menyihatkan.

9) MEMASAK MAKANAN KEGEMARAN KELUARGA
Suami dan anak-anak meminta dimasakkan makanan kegemaran mereka. Tentu makanan tersebut tinggi kalori dan berlemak. Mungkin makanan tersebut baik untuk anak-anak yang sedang membesar tetapi tidak bagi anda yang sedang berdiet. Jadi, anda tidak perlu mengelak 100% tapi cuba ambil dalam kuantiti yang kecil.

10) TERLALU BERHARAP BERAT BADAN TURUN SECEPAT KILAT

Jumlah penurunan yang ideal adalah sekitar 1/2 kg seminggu. Kebanyakan orang berharap lebih daripada itu sehingga mereka berasa gagal sekiranya tidak mencapainya.





Kepada mereka yang bercadang untuk tampil ramping serta anggun di Hari Lebaran nanti, saya tegaskan agar sentiasa buat pilihan bijak dengan berdiet dengan cara yang lebih sihat. Bagi melengkapi misi kurus anda, saya cadangkan anda cuba juga SET KURUS SHAKLEE agar dapat tampil menarik dengan bentuk badan yang diingin secara sihat TANPA menyeksakan diri anda.Sekian.Dina RaniSms/wassap 0122251902sitirodhina@gmail.comPM FB Dina Rani

Selamatkah Ibu Hamil Berpuasa???

Bagi ibu yang pertama kali mengandung di bulan Ramadhan, tentu tertanya-tanya, bagaimana boleh sentiasa cergas untuk ibu mengandung? Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri mengandung dan berpuasa sebulan penuh pada Ramadhan yang lepas.

Kebiasaannya, kita tidak boleh makan sekerap pada bukan bulan Ramadhan, tetapi bagaimanapun kita masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelitsakit kepalaketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil. Tahukah kita ibu mengandung memerlukan 2300 kalori untuk kekal cergas ketika berpuasa.


Bagaimana ibu mengandung boleh pastikan agar hidangan yang kita ambil memenuhi kalori tersebut???
Apakah ibu mengandung perlu makan jika ingin berpuasa????


Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan
tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
  • nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
  • dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
  • Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.

(Anda boleh rujuk piramid makanan untuk lebih lanjut)

Contoh Menu seharian Agar kekal cergas untuk ibu mengandung berpuasa (2300 Kalori)

Menu Makan Sahur
  • 1 piring nasi
  • 1 potong ayam, contoh Kari Ayam
  • 1 potong tauhu
  • 1 mangkuk sayur hijau
  • 1 piring buah segar
  • 1 gelas susu yang dicampur kurma
Menu Berbuka Puasa:
  • 1 gelas teh manis/ jus buah
  • 1 potong snack atau kuih muih
Menu Makan Setelah Solat Maghrib
  • 1 piring nasi
  • 1 potong daging/ikan, contoh Masak asam Ikan Tenggiri
  • 2 potong tempe
  • 1 mangkuk sayur
  • Buah segar
Menu Makan Malam
  • 1 piring nasi
  • 1 potong daging/telur
  • Semangkuk kacang-kacangan
  • 1 mangkuk sayur
  • 1 gelas susu

Ibu-ibu mengandung juga disarankan agar memastikan pengambilan vitamin untuk ibu mengandung secara konsisten walaupun di bulan puasa. Vitamin ibu ini penting bagi melengkapi nutrisi harian ibu dan bayi di dalam kandungan. Seperti saya memilih SET HAMIL SHAKLEE untuk membantu saya kekal cergas. sihat, tidak kurang darah atau HB rendah, sukar selsema dan demam.  Diharap perkongsian di atas boleh membantu ibu-ibu mengandung menghadapi puasa dalam bulan barokah ini dengan penuh nikmat. Sekiranya ibu-ibu berminat untuk mengetahui secara lanjut boleh hubungi saya terus DINA 012-2251902 sms/wassap.

ORDER HERE!!!

Name
Contact No.
Email Address
Address (for courier purposed)
Item to Order & Quantity
Payment Made to: Account Name: Siti Rodhina Rani Maybank 151128107296
CIMB 13020116799520
CASH (C.O.D)
Others
Account Transaction No. (If using maybank2U, cimb clicks or others)
Remark

This online form was provided by Freedback.